Rabu, 3 Ogos 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12


YB LEONG MEE MENG
N22 JALONG

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
MULAI 15hb OGOS 2011





SOALAN-SOALAN LISAN :

1. Kerajaan Pakatan Rakyat telah menggumumkan pemberian hakmilik kekal kepada penduduk negeri Perak sejak perintah Pakatan Rakyat. Manakala, kerajaan Barisan Nasional hanya memberi hakmilik tanah selama 66 dan 99 tahun. Saya ingin tahu, mengapakah kerajaan Barisan Nasional tidak memberi hak milik kekal kepada penduduk negeri Perak demi kebaikan mereka?

 

2. Kerajaan Perak telah mentadbir Perak melebihi dua tahun. Dalam dua tahun ini, saya ingin tahu berapakah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan Perak dan sila senaraikan projek – projek tersebut dari Feb 2009 - Jun 2011?

3. Pelaburan asing ke negeri Perak adalah sangat penting demi meningkatkan pendapatan negeri Perak. Sila berikan senarai pelabur yang melabur di negeri Perak dan jumlah wang yang dilaburkan di negeri Perak dari Feb 2009 - Jun 2011.

SOALAN-SOALAN BERTULIS :


1. Terdapat 36 unit rumah di Taman Makmur telah mengalami peretakan yang serius. Masalah ini disyaki struktur yang tidak kukuh. Saya ingin tahu bilakah projek perumahan ini diluluskan dan sila nyatakan laporan daripada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sebelum CF diluluskan?

2. Pasar sembelih ayam di Sungai Siput telah dibina semula berhampiran dengan pasar besar. Sila nyatakan kos projek dan tempoh pembinaan projek ini serta nyatakan syarikat yang bertanggung jawab atas projek ini.

3. Kolam rekreasi di Taman Makmur merupakan tapak rekreasi kepada semua penduduk Taman Makmur. Malangnya, kolam yang cantik telah mula mengalami pencemaran yang serius. Saya berharap MPKK akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan kolam tersebut. Saya ingin tahu bilakah MPKK akan membersihkan kolam tersebut serta tempoh pembersihkan kolam ini dan Kos pembersihkan ini.

4. Isu kekurangan atau kerosakan lampu jalan dan jalan rosak,jalan berlubang- lubang sering berlaku di sungai siput. Saya telah menerima banyak aduan tentang kerosakan dan kekurangan lampu jalan terutamanya di Kampung Tersusun Rimba Panjang, Kampung Tersusun Kledang, Kampung Tersusun Kamuning, Taman Permai masih mengalami masalah ini walaupun telah dilaporkan. Saya ingin tahu berapa lampu jalan telah dipasang di kawasan Sungai Siput sejak Jun 2010 hingga Jun 2011 serta senaraikan bilangan dan lokasi lampu jalan yang telah dipasangkan.

Sila nayatakan berapakah peruntukan yang telah dibekalkan untuk membaiki jalan di kawasan Sg.Siput dan sila senaraikan bilangan jalan yang telah dibaiki serta yang akan membaiki, dan juga Syarikat yang bertanggungjawab atas projek ini.

5. Taman Tun Sambahtan merupakan tempat pembiakan nyamuk aides yang paling serious di Sungai Siput. Masalah ini disebabkan system saliran di Taman Tun Sambathan yang bermasalah. Saya berharap kerajaan Perak boleh memberi peruntukan untuk membaiki sistem saliran demi kebaikan dan kesihatan penduduk Taman Tun Sambathan.












1 ulasan:

  1. ada jawapan lisan dari UMNO BN??? atau mereka tak berani menjawab??

    BalasPadam