Isnin, 15 Ogos 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

YB NGA KOR MING
N38 Pantai Remis
P60 Taiping
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
MULAI 15hb OGOS 2011

 
 
 
 
 
 
Soalan-Soalan Bertulis:

Minta YAB Menteri Besar nyatakan :

1. Sila senaraikan langkah, jumlah kos dan hasil pencapaian secara terperinci program “Perak Aman Jaya” sehingga kini.

2. Sila senaraikan secara terperinci jumlah kos perbelanjaan, program yang dihadiri dan hasil lawatan luar negeri secara satu per satu yang melibatkan YAB Menteri Besar Perak, penasihat-penasihat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sejak Februari 2009 hingga Julai, 2011.
 
3. Sila senaraikan jumlah kos perbelanjaan secara satu per satu atas pelantikan jawatan Penasihat-penasihat YAB Menteri Besar, Ketua Penerangan Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai khas Menteri Besar bagi tempoh mulai tahun 2009 sehingga kini.

4. Sila senaraikan semua jumlah luas tanah termasuk tanah pertanian, tanah perumahan, tapak lombong dan kuari yang diluluskan oleh kerajaan negeri serta jumlah premium tanah yang dikutip secara terperinci bagi tempoh mulai tahun 2009 hingga Julai, 2011.
 
5. Sila nyatakan secara terperinci jumlah hutang kerajaan Negeri dan wang rizab kerajaan Negeri yang ada dalam tempoh sejak 2000 hingga Julai, 2011.

SOALAN-SOALAN LISAN:

Minta YAB Menteri Besar nyatakan : -

1. Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah seluas 150 ekar di Segari kepada Syarikat dormant Atigas Teknologi Sdn Bhd untuk projek pelaburan Gas asli bernilai RM5.8 billion pada tahun ini. Minta YAB Menteri Besar sila nyatakan secara terperinci :-

a) Jumlah hasil premium yang diterima setakat ini;

b) Hasil Laporan impak Alam Sekitar(Environment Impact Assessment Report) dan

c) Bagaimana Syarikat tersebut mendapat dana pelaburan sebanyak RM5.8Billion.

2. Sila nyatakan secara terperinci satu per satu kos pembelian dan penyelenggaraan semua kereta rasmi YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli MMK, Penasihat Menteri Besar, Tuan dan Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri secara satu per satu mulai tempoh 2009 hingga Julai 2011.

3. Sila nyatakan jumlah senarai peruntukan & perbelanjaan bagi hal-ehwal Islam dan hal Ehwal Bukan Islam secara terperinci bagi tempoh 2000 hingga 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan