Isnin, 1 Jun 2009

Syabas! 'Rakyat' Menang Lagi Di Penanti


Taniah diucapkan kepada YB Mansor Othman! Sekali lagi ‘Rakyat’ menang dalam pilihanraya kecil.

Syabas diucapkan kepada semua pemimpin-peminpin dan penyokong-penyokong serta jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berkerja keras memastikan kemenangan Rakyat di Penanti. Setinggi-tinggi penghargaan juga ucapkan kepada semua pengundi Penanti yang keluar mengundi pada hari ini.

YB Mansor (59) memperolehi 6052 undi. Majoriti yang diperolehinya ialah 5558 undi. Satu kemenangan yang cemerlang bagi rakyat Penanti.

Hari ini pengundi-pengundi Penanti telah membuat keputusan bijak dan waras dengan memilih YB Mansor sebagai wakil rakyat mereka. Beliau bakal dilantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Taniah kerana membuat pilihan yang tepat.

YB Mansor, dijangka mengangkat sumpah jawatan pada hari Rabu depan di hadapan Yang DiPertua Negeri. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu dilahirkan di Kedah dan mempunyai tiga ijazah sarjana. Mansor juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan