DAP teluk Intan telah menganjurkan program Makan Malam 'Bubar DUN' pada 27 Jun 2009 di Dewan SRJK San Min, Teluk Intan. Program ini dihadiri lebih kurang 3000 orang. Ini merupakan satu program makan malam yang dianjurkan secara besar-besaran di Teluk Intan. Pimpinan Pakatan Rakyat yang telah menghadiri program ini ialah:
YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)
YB Seah Loh Peng (ADUN Pasir Bedamar)
YB V.Sivakumar (ADUN Tronoh)
YB Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Bruas & ADUN Sitiawan)
Dalam ucapannya, YB V.Sivakumar menerangkan peristiwa pelucutan jawatan speaker dan perlantikan baru yang dilakukan secara tidak sah. Selagi Speaker yang sah masih duduk di kerusinya, tidak ada orang lain berhak untuk mengambil alih kuasa speaker. Ini jelas termaktub dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Tetapi, ADUN-ADUN Barisan Nasional tidak menghiraukan peraturan tersebut. Mereka mengunakan Hee Yit Fong (Timbalan Speaker, kononnya) untuk mengambil alih kuasa speaker. Ini adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang. Si Hee pula, mengwujudkan sub-dewan (dewan kecil dalam Dewan Negeri) untuk membaca usul pelucutan speaker dan perlantikan speaker baru. Perbuatan tersebut adalah menghina Dewan yang mulia dan tidak boleh dianggap sah. Insiden seperti ini tidak pernah berlaku di mana-mana Dewan Negeri ataupun Parlimen. Ia juga bertentangan dengan konvensyen komemwel. Ini jelas menunjukkan bahawa Barisan Nasional sanggup melakukan apa jua untuk berkuasa di negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan