DAP Sungkai telah menganjurkan Makan Malam pada 27 Jun 2009 di Dewan Orang Ramai Sungkai. Program ini dibuat atas inisiatif ADUN Sungkai YB Sivanesan. Lebih kurang 800 0rang telah menghadiri makan malam ini. Ini merupakan makan malam yang pertama yang dianjurkan oleh DAP di Dewan tersebut. Antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang menghadiri program ini ialah:
YB Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras)
YB Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping & ADUN Pantai Remis)
YB V.Sivakumar (ADUN Tronoh)
YB Sivanesan (ADUN Sungkai)
En Amran (Wakil Dato Seri Nizar)
YB Sivakumar dalam ceramahnya mengecam tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan secara sewenang-wenangnya apabila menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Sebagai contoh, peristiwa 26 Mei di mana 14 orang daripada pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat ditahan oleh polis di perkarangan Wisma DAP Perak. Tindakan polis menangkap mereka yang sedang bersurai ke kereta masing-masing selepas pelancaran mogok lapar dan puasa sunat adalah tidak adil sama sekali. Ini nampaknya seolah-olah penangkapan itu telah dirancang awal-awal lagi untuk menakut-nakutkan pimpinan Pakatan Rakyat dan orangramai. Tindakan polis mengunakan kaedah 1...2....3.... tangkap! adalah amat memalukan dan menyedihkan. Ini merupakan satu lagi peristiwa hitam dalam sejarah negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan