Isnin, 29 Jun 2009

Makan Malam Keadilan Di Kampung Timah

Parti Keadilan Rakyat telah menganjurkan program Makan Malam di sebuah Dewan Tokong Cina di Kampung Timah pada 28 Jun 2009. Ia dihadiri lebih kurang 1000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Program ini juga merupakan anjuran buat kali pertama Pakatan Rayat di Kampung Timah. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menghadiri program ini ialah:

YB Keshvinder Singh (ADUN Malim Nawar)
YB Chen Fook Chye (ADUN Keranji)
YB V.Sivakumar (ADUN Tronoh)
YB Yunus (ADUN Kuala Kurau)
YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai)
YB Amirudin (ADUN Batu Caves)

Jamuan makan malam ini juga bertujuan untuk menerangkan kepada rakyat kenapa DUN Perak perlu dibubarkan dengan segera.

YB V.Sivakumar telah menyentuh secara panjang lebar tentang isu perpaduan di negara kita. Beliau menegaskan bahawa, Barisan Nasional gagal mwujudkan perpaduan di negara ini. Mereka telah menggunakan taktik 'pecah dan perintah' di negara ini selama 52 tahun. Kini, rakyat Malaysia sudah menjadi lebih matang dan mula menolak politik perkauman. Di dalam Pakatan Rakyat isu perkauman tidak timbul langsung. Tetapi dalam Barisan Nasional, parti-parti komponennya masih lagi berasaskan perkauman. UMNO untuk orang-orang Melayu, MCA untuk orang-orang cina dan MIC untuk orang-orang India. Oleh kerana Barisan Nasional itu sendiri berasaskan perkauman, bagaimana perpaduan dan perasaan muhibbah dapat dilahirkan dikalangan rakyat Malaysia. Model yang lebih sesuai untuk masyarakat majmuk Malaysia ialah konsep yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

YB V.Sivakumar juga menjadikan program makan malam ini sebagai satu contoh yang nyata. Semua kaum menghadiri program Makan Malam Pakatan Rakyat brsama-sama di bawah satu bumbung dengan penuh perasaan muhibah. Inilah integrasi sebenar yang berjaya diwujudkan oleh Pakatan Rakyat sejak 8 Mac 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan