Rabu, 3 Jun 2009

Rakyat Pilih Siapa Di Behrang, Changkat Jering & Jelapang?


Pilihanraya adalah salah satu cara untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memilih sebuah parti politik bagi menerajui sesebuah negeri atau negara. Semua rakyat diberi peluang dengan cara mengundi parti manakah yang mereka rasakan sesuai dan mampu untuk membela nasib mereka dan dapat memberikan keadilan yang berpanjangan. Rakyat tidak peduli siapa calun yang mewakili parti tersebut, yang paling utama bagi mereka ialah parti itu sendiri.

Di Perak contohnya seperti Di Dun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, rakyat diketiga-tiga kawasan Dun tersebut telah meluahkan isi hati mereka dan dengan jelas dan terang telah memilih Parti yang mewakili Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka. Mereka menolak parti lain samada yang menggunakan lambang dacing atau yang lainya. Ini secara tidak langsung, pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut dengan majority telah memberi amanah kepada calun yang mewakili Pakatan Rakyat.
Oleh itu, sekiranya wakil-wakil rakyat tadi melompat ke parti lain setelah menang, maka dengan sendirinya mereka bukan lagi wakil rakyat bagi ketiga-tiga kawasan tersebut. Mereka tidak boleh lagi mendakwa sebagai wakil rakyat di kawasan itu dan mereka tidak boleh masuk ke Dewan Undangan negeri atas kapasiti sebagai wakil rakyat ketiga-tiga kawasan itu kerana pengundi di ketiga-tiga kawasan itu hanya memberi amanah dan tanggungjawab kepada parti dari Pakatan Rakyat sahaja sebagai wakil rakyat mereka.

Ini sama juga seperti yang berlaku di Parlimen Pasir Mas, Kelantan dimana calun yang bertanding menggunakan lambang parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, jika selepas menang mereka keluar meninggalkan parti yang mereka bertanding, bermakna mereka telah mengkhianati amanah pengundi dan parti yang telah memberi mereka peluang bertanding sebagai calun. Sepatutnya kelayakan mereka sebagai wakil rakyat gugur dengan sendirinya.

Ini jelas menunjukan bahawa UMNO atau BN tidak mempunyai majority di Dun Perak, kerana pengundi di ketiga-tiga kawasan berkenaan tidak pernah memilih atau mengundi calun bebas atau BN dalam pilihanraya umum tahun lalu. Tetapi oleh kerana UMNO berkuasa dan boleh apa saja di Perak, maka kini lahirlah kerajaan palsu, Exco palsu, Menteri Besar palsu yang dilantik melalui Mahkamah Rimba.

Akibat mereka melantik Menteri Besar secara tergesa-gesa sedangkan Menteri Besar Pakatan Rakyat masih ada, mereka lantik Speaker baru sesama mereka sedangkan Speaker yang sah masih ada, akhirnya perbuatan mereka menjadi ikutan rakan mereka dari Parti Progresif Penduduk apabila mereka ini melantik Presiden baru secara sesama mereka sedangkan Presiden yang ada masih hidup lagi.

Itu lah UMNO, sebaik-baik manusia, sealim-alim umat, jika masuk UMNO, pastikan akan jadi zalim, jahat, penipu dan sesat.

Di Sunagi Lingu, Bandar Tenggara Johor, seluas 51,170 hektar tanah negeri di pajakan kepada Singapura untuk tempoh 60 tahun sejak tahun 1980 iaitu semasa Muhyidin Yasin menjadi Menteri Besar Johor sehinggakan tiada siapa rakyat Malaysia yang boleh memasuki kawasan tersebut sekarang ini. Angkara siapa semua ini? Adakah angkara PAS, Parti Keadilan atau DAP?
Kini mereka gunakan isu komunis pula dengan tujuan untuk menjauhan orang Melayu dari DAP. Ingatlah, zaman dulu rakyat hidup tertekan akibat kezaliman dan kekejaman komunis, kini rakyat juga tertekan dan hidup dalam ketakutan angkara keganasan polis. Semuanya berlaku ketika UMNO menjadi kerajaan.

-dipetik dari SabahDaily.com-

4 ulasan:

  1. Saya yakin PR yg punyaa......
    Jika YB berjuang untuk rakyat dan bukan untuk parti shj...BN akan jatuh dan kalah selamanya..

    BalasPadam
  2. Cakap biar berasas..UMNO dan BN majoriti di Perak berbanding DAP,PAS PKR. Punyelah pembangkang gila kuasa dan despertd nak memerintah maka gabungan parti2 pembangkang yang tak boleh diterima pakai (ideologi dan kepentingan berbeza) berlaku dan membentuk Pakatan Rakyat.

    Memang dah dasar PR..bila Nizar menang kes MB Perak kehakiman negara dijulang,disanjung yang terbaik didunia.Tetapi bila kebenaran berpihak kepada BN tak sampai 24 hours segala pujian melambung yang diberikan kepada kehakiman negara bertukar menjadi kejian, sumpah seranah dan hinaan (suruh orang lain gentlement tapi diri sendiri yang tiada telo!)

    Pajakan 60 tahun,31 tahun telah berlalu dan 29 tahun lagi untuk dilunaskan (kalau betul la apa yang tu cakap.Tapi kalau pajakan 999 tahun tu kan,agak2 ko lepas 18 keturunan ko selesai tempoh masa tu?,logik tak pajakan tu?adil ke?)

    jangan tulis benda yang boleh menimbulkan rasa benci terhadap orang lain,tulisan yang melaga2kan orang lain...keganasan polis?penulisan yang penuh prejudis..

    BalasPadam
  3. UMNOBN ADALAH KOMUNIS MODEN... HAK RAKYAT DITEMBAK BEGITU SAHAJA.

    BalasPadam
  4. Memandangkan suasana yang menakutkan UMNO dan BN, orang yang ada otak (ya otak yang boleh memikir) tahu jawapan ni.

    BalasPadam