Isnin, 1 Jun 2009

Mustafa Kamil Tidak Yakin DUN Perak Akan Dibubarkan




Naib Presiden KeADILan Mustafa Kamil Ayub menegaskan khabar angin bahawa DUN Perak akan dibubarkan oleh BN sebagai taktik untuk meredakan kemarahan dan juga tuntutan rakyat.

"Saya sangsi dengan keikhlasan mereka untuk membubarkan DUN Perak, kerana tindakan ini ada kaitan dengan bacaan yang mereka buat", kata beliau.

Menurut Mustafa lagi, Zambry sebenarnya ada masalah dan krisis keyakinan kerana apabila beliau membubarkan DUN belum tentu mereka akan dapat menguasai majoriti dalam Dewan, malah ada kemungkinan kerusi yang menjadi milik mereka kini akan bertukar kepada Pakatan.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan sekiranya DUN Perak dibubarkan bagi memberi kepada rakyat untuk membuat pilihan.

1 ulasan:

  1. Berani ker nak memperjudikan kuasa yg dah ada?

    Jadinya pembubaran DUN Perak hanya seperti membina mahligai di awangan.

    Omputih kata Building castle in the sky.

    Anyway, see you in GE-13 then you will know langit tinggi ka rendah.

    Kah kah kah...

    BalasPadam