Ahad, 14 Jun 2009

Salahuddin : Kudeta Di Perak


Sebahagian daripada ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salalahuddin Ayub pada Muktamar dewan itu kali ke 50 yang berlangsung di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur pada 1 Jun 2009.

Satu strategi jahat yang disusun semenjak pilihanraya kecil Permatang Pauh iaitu memerangkap 2 orang EXCO Kerajaan Perak dengan kes rasuah telah dijadikan batu loncatan untuk menculik, mengugut dan merasuah 3 orang ADUN Pakatan Rakyat itu untuk mengalihkan sokongan mereka kepada BN.

Turut diculik ialah wakil rakyat BN yang baru menyertai Pakatan Rakyat yang akhirnya menyebabkan kudeta berlaku di negeri tersebut dan berakhirlah pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan itu.

Nilai demokrasi yang mereka laung-laungkan hanya berguna dan bermakna apabila menguntungkan mereka. Mereka menuduh kita melanggar etika demokrasi apabila wakil rakyat BN berura-ura menyertai Pakatan Rakyat, walaupun kita tidak menawarkan sebarang habuan.

Tetapi sebaliknya, BN telah bertindak membunuh demokrasi dengan membelakangi pilihan rakyat semata-mata untuk memenuhi nafsu politik gelojoh mereka yang sempit itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan