Dewan Muslimat PAS Perak memandang serius krisis politik yang berlaku di negeri ini bermula dengan rampasan kuasa pada 5 Februari lalu oleh BN yang mengakibatkan keadaan politik di Perak semakin tidak menentu.
Demikian tegas Ketua Muslimat PAS negeri, Ustazah Bariah Alang Sabri dalam sidang medianya di Pejabat PAS Negeri di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, kemelut yang sudah berpanjang hingga 4 bulan ini dapat dielakkan sekiranya semua pemimpin politik dan pihak berkuasa mendisiplinkan diri dengan akur serta menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan yang menjadi salah satu prinsip Rukun Negara.
Sehubung itu, Dewan Muslimat PAS negeri menyelar keengganan rejim BN untuk menerima hakikat penolakan rakyat terhadap pemerintahan mereka sehingga enggan berdepan dengan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan'.
Muslimat PAS Negeri sekali lagi menyatakan sokongan penuh agar DUN Perak dibubarkan.
"Rakyat negeri ini tidak sewajarnya dipaksa menerima sebuah kerajaan baru yang dibentuk dengan membelakangi prinsip keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan konsep raja berperlembagaan," tegasnya.
Beliau melahirkan rasa dukacita dengan kecelaruan yang sedang berlaku di negeri ini dan mendesak demokrasi di negeri ini dipulihkan segera.
Di masa yang sama, Muslimat PAS negeri menasihati rakyat agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu dalam menghadapi krisis ini.
“Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah PAS Di Marang 1983)
BalasPadam“Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
kenyataan pas dalam ceramah politik.......aku dengar sendiri.....
ini semua hanya tinggal kenangan bagi PAS setelah berkawan baik ngan DAP.................
tq mr berbulu senyuman from http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=search&search_author=berbulusenyuman. anda mempunyai idea yang cukup bernas buat semua orang melayu islam termasuk umno, pas dan segelintir dalam pkr. kepada mereka yang berminat silalah ke link tersebut.