Selasa, 12 November 2013

Terdapat Peningkatan Bantuan JKM Untuk OKU Semenanjung Tetapi Penurunan Mendadak Untuk OKU Peribumi Sabah & Sarawak

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 12 November 2013 di Parlimen
Menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Batu Gajah V.Sivakumar , Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memberikan statistik bilangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2011, 2012 dan sehingga bulan Mei 2013.

Bagi tahun 2011 seramai 54,690 OKU berbangsa Melayu menerima bantuan JKM diikuti oleh Kaum Cina seramai 17, 249 dan kaum India seramai 10,023 orang.  OKU dari Peribumi Semenanjung yang menerima bantuan JKM ialah 162 orang. Manakala OKU dari kalangan Peribumi Sabah dan Sarawak yang menerima bantuan JKM adalah 1608 orang dan 2649 masing-masing. Sejumlah 88,814 OKU telah menerima bantuan daripada JKM bagi tahun 2011.

Bagi tahun 2012 pula seramai 62, 680 OKU berbangsa Melayu telah menerima bantuan daripada JKM.  OKU kaum Cina yang menerima bantuan JKM bagi tahun yang sama ialah 21,850 orang. Angka ini diikuti oleh OKU kaum India iaitu 12,933 oarang.  Ada sedikit peningkatan dalam bilangan OKU Peribumi Semenanjung yang menerima bantuan JKM iaitu dari 162 orang bagi tahun 2011 kepada 180 orang bagi tahun 2012.

Walau bagaimanapun terdapat penurunan yang mendadak dalam bilangan OKU yang menerima bantuan JKM bagi Peribumi Sabah. Pada tahun 2011 seramai 1608 OKU Peribumi Sabah menerima bantuan JKM, tetapi jumlah itu tiba-tiba dikurangkan kepada 27 orang OKU sahaja bagi tahun 2012.  Bagaimanakah  penurunan yang  menjunam seperti ini boleh berlaku? Apa sudah terjadi kepada 1581 OKU Peribumi Sabah yang menerima bantuan pada tahun 2011 yang tidak diberikan bantuan itu bagi tahun 2012. Kerajaan perlu memberi satu penjelasan yang rasional berkaitan dengan penurunan yang amat ketara ini.

 Bagi Peribumi Sarawak pula terdapat peningkatan bantuan kepada OKU sebanyak 211 orang yang menjumlahkan kepada 644 orang bagi tahun 2012. Jumlah OKU yang menerima bantuan JKM pada keseluruhannya ialah 101,198 orang bagi tahun 2012.

Bagi tahun 2013, maklumat hanya diberikan sehingga bulan Mei.  Perangkaan  menunjukkan bahawa seramai  64, 916 OKU Kaum Melayu iaitu 64.64% mendapat bantuan daripada JKM bagi tahun tersebut. OKU Kaum Cina seramai 21, 733 (21.64%) dan kaum India seramai 13,312 (13.25%) juga  telah menerima bantuan JKM. OKU Peribumi Semenajung pula seramai  170 orang menerima bantuan JKM.

OKU Peribumi Sabah yang menerima bantuan JKM ialah 28 orang sahaja. Statistik juga menunjukkkan angka yang ganjil bagi OKU Peribumi Sarawak yang menerima bantuan JKM  hanya seramai 8 orang sahaja iaitu 0.01%.  Tetapi tahun-tahun sebelum itu,  iatu bagi tahun 2011 seramai 2649 OKU dan tahun 2012 seramai 2884 OKU Peribumi Sawarak telah diberi bantuan JKM.  Pada keseluruhannya bagi tahun 2013 (sehingga bulan Mei) seramai 100,434 OKU telah menerima bantuan JKM.

Daripada maklumat-maklumat yang diberikan didapati terdapat ketidak seimbangan dalam bantuan JKM bagi golongan OKU diantara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus memberi penjelasan berhubungan dengan ketidak seimbangan ini supaya golongan OKU di Sabah dan Sarawak tidak tertindas kerana sebab-sebab tertentu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan