Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP
Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 3 Jun 2012 di Batu Gajah.
Tolak Politik Perkauman, Ikut Jalan Yang Benar
Politik
perkauman tidak akan membawa manfaat kepada rakyat negara kita. Jika kita
teruskan dengan politik perkauman, ini akan membawa malapetaka kepada seluruh
rakyat yang mahukan keamanan dan kesejahteraan. Barisan Nasional telah
mengamalkan dasar pecah dan perintah sejak negara kita merdeka. Tidak ada
program integrasi yang benar-benar
mecapai tahap kejayaan yang boleh dibanggakan. Malah, nyata sekali Barisan
Nasional tidak berminat untuk mencapai integrasi nasional. Barisan Nasional
lebih berhala kepada dasar pecah dan perintah yang diajar oleh pihak penjajah
British.
Barisan
Nasional bimbang bahawa menyatupadukan rakyat Malaysia akan merugikan mereka.
Mereka mahu berpolitik dengan semangat ‘asabiyah’ yang cukup tebal. Komponen
parti politik utama dalam Barisan Nasional adalah parti-parti perkauman. UMNO
untuk memperjuangkan orang Melayu. MCA untuk memperjuangkan orang Cina, MIC pula untuk memperjuangankan
orang India dan sebagainya. Kenapa kita tidak boleh mencapai tahap kematangan
politik dimana orang-orang Melayu boleh memperjuangkan keadilan untuk
orang-orang Cina di negara kita? Begitu juga, orang-orang Cina mempertahankan
kebajikan untuk orang-orang India? Kenapa pula orang-orang India pula tidak boleh mengangkat martabat orang-orang
Melayu di negara yang berbilang bangsa ini? Kenapa tidak kita bersama-sama
membantu menaikkan tahap sosio-ekonomi orang-orang asal di negara kita?
Semua
ini tidak diajar dalam permainan politik Barisan Nasional. Semanagat 1 Malaysia
adalah satu ungkapan retorik untuk menang pilihanraya semata-mata. Apa bezanya
sebelum 1Malaysia dan selepas 1Malaysia? Kalau ditelitikan, semangat asabiyah
lebih ketara selepas 1Malaysia diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Setiap hari isu perkauman ditimbulkan oleh
Barisan Nasional melalui ceramah-ceramah politik dan media arus perdana. Ini
bermakna konsep 1Malaysia gagal dicapai dan direalisasikan oleh Barisan Nasional. Apa
gunanya lambang 1Malaysia dijahit pada
baju yang dipakai tetapi tidak terpahat dalam sanubari pemimpin-pemimpin
Barisan Nasional. Mereka bukan sahaja menipu rakyat Malaysia tetapi juga menipu
diri sendiri.
Perjuangan
atas nama bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang oleh Islam. Kalau kenyataan ini benar, bukankah UMNO, MCA
dan MIC berjuang atas nama bangsa masing-masing? Mereka bukan sahaja berjuang
untuk bangsa sendiri malah seringkali membelakangkan dan menzalimi bangsa lain dalam polisi-polisi
yang diamalkan. Adakah rakyat Malaysia masih lagi menyokong parti-parti politik
bersikap berpuak yang hanya memperjuangkan
bangsa masing-masing dengan semangat asabiyah yang mendalam?
Adakah
memartabatkan bangsa sendiri merupakan prinsip perjuangan Islam? Jika tidak,
kita rakyat Malaysia harus bersama-sama menolak politik perkauman dalam agenda
pembangunan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan