Sabtu, 23 Jun 2012

Jom Berdebat : Masalah & Pembangunan Sekolah-sekolah Tamil di Perak


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 23/6/2012 di Ipoh.

Jom Berdebat : Masalah & Pembangunan Sekolah-sekolah Tamil di Perak

Saya telah menjemput pemimpin-pemimpin MIC Negeri Perak untuk berdebat dengan saya berhubung dengan isu sekolah-sekolah Tamil di Perak. Di Perak terdapat 134 sekolah Tamil yang sebahagian besarnya adalah sekolah-sekolah bantuan modal. MIC telah gagal untuk mempertahankan dan memajukan sekolah-sekolah  Tamil di Perak.  Saya terpanggil untuk berdebat dengan Dato Veerasingam atau Dato R.Ganesan mengenai masalah dan pembangunan sekolah-sekolah Tamil di Perak. Tetapi, kedua-dua pemimpin MIC ini tidak mahu berbuka mulut untuk menyahut cabaran saya. 

Terdapat sekolah-sekolah Tamil yang tidak mempunyai bangunan dan infra-struktur yang mencukupi.  Bangunan sekolah-sekolah ini  perlu diperbaiki dan diubahsuai kerana  sudah lama usang.  Ada juga sekolah-sekolah Tamil yang memerlukan bangunan baru. Banyak juga sekolah-sekolah Tamil di Perak yang mana tapak tanahnya masih belum direzabkan. Tetapi, pihak MIC tidak mempedulikan semua ini. Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah ini kerana tidak berani menyuarakan keperluan-keperluan ini kepada‘tauke’ UMNO. MIC adalah satu parti boneka UMNO yang ‘dipergunakan’ untuk menipu masyarakat India negara ini. UMNO menggunakan MIC sebagai alat untuk menindas kaum India.

Dato Seri S.Samy Vellu sendiri pernah bercakap dengan pihak media bahawa dalam zaman pemerintahan Tun Mahathir, UNMO tidak menyelesaikan masalah orang-orang India yang diutarakan oleh pemimpin-pemimpin MIC. Dato Seri S. Samy Vellu berkata bahawa Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir yang menghadiri Konvensyen MIC tiap-tiap tahun pernah dibekalkan dengan semua masalah masyarakat India di negara ini. Tetapi beliau berkata. “apa yang dibentangkan itu masuk telinga kiri Mahathir dan keluar dari telinga kanannya”.

Ini adalah satu bukti yang diakui sendiri oleh bekas Presiden MIC Dato Seri S.Samy Vellu bahawa pimpinan UMNO tidak menghormati parti MIC. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak mempeduikan MIC kerana mereka  menganggap MIC adalah satu parti yang tidak relevan.  Itulah sebabnya Tun Mahathir tidak memberi  pengiktirafan kepada parti MIC.

Kenyataan Dato Seri S.Samy Vellu membuktikan bahawa MIC telah diperkudakan oleh UMNO untuk kepentingan dan agenda politik mereka. Walaupun pemimpin-pemimin MIC mengetahui hakikat ini tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana menjaga kedudukan politik mereka. Dalam erti kata yang lain MIC telah mengadai hak kaum India kepada UMNO. MIC terpaksa tunduk kepada UMNO untuk pangkat dan kedudukan. Sudah sampai masa kepada  kaum India negara ini untuk membawa satu perubahan dengan menolak politik kotor MIC-UMNO yang  telah membelakangkan kaum India dalam pembangunan negara.

1 ulasan: