Isnin, 25 Jun 2012

Ceramah Sekeliling Perak Bersama Nga & Superman



Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 25/6/2012 di Batu Gajah

Ceramah Sekeliling Perak Bersama Nga & Superman

DAP Perak telah berjaya menganjurkan satu program ceramah di Dewan Tokong Sam Wong Kong, Batu Gajah. Ceramah telah diadakan pada 24/6/2012 bermula jam 8pm. Antara penceramah utama yang berucap pada malam itu ialah YB Nga Kor Ming, Setiasusaha DAP Perak yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis. Selain daripada itu, Dr Hew Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai ‘Superman’ juga telah memberi ucapan dengan penuh semangat. 

Dua orang ADUN tempatan  iaitu YB V.Sivakumar dan YB Lim Pek Har juga telah berucap dalam program ceramah yang meriah ini. Seorang ahli veteran DAP dan juga merupakan bekas ahli Parlimen Kampar iaitu Sdr Ngoi juga telah berucap dengan penuh lawak jenaka mengutuk kerajaan Barisan Nasional. Dua orang ahli politik muda dan merupakan AJK DAP Perak iaitu Sdr Cheah Poh Hian dan Sdr Paul Yong juga dapat menonjolkan diri sebagai penceramah-penceramah yang berkaliber. 

Lebih daripada 1500 orang telah menghadiri program ceramah anjuran DAP Perak itu. Jumlah ini adalah sungguh memberangsangkan kerana Pekan Batu Gajah yang merupakan kubu kuat MCA telah berjaya ditembusi. Sokong rakyat kepada Pakatan Rakyat adalah amat jelas sekali. Kejayaan ini akan memberi semangat untuk terus berusaha untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada DAP dan Pakatan Rakyat.
Kali ini DAP pasti dapat mengekalkan kerusi Parlimen  Batu Gajah dan ketiga-tiga DUN iaitu Tronoh, Menglembu dan Jelapang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan