Khamis, 7 Jun 2012
SPR: Kredibiliti makin menjadi pertikaian..
Dah bermacam cara telah disampaikan namun tindakan SPR dalam menangani apa jua permasalahan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dilihat seperti acuh tak acuh saja. Malah perkara yang dibangkitkan cuba di kesampingkan dari pengetahuan rakyat lain. Apakah begini sikap yang telus dan berlaku adil yang cuba SPR sajikan kepada rakyat?
Pendedahan terbaru yang dibuat oleh DAP Tronoh berkenaan kad pengenalan bertindih yang telah didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR wajar menjadi penanda aras bahawa sistem daftar pemilih harus di ‘BERSIH’kan sepenuhnya. Bukan menanti aduan baru mahu bertindak.
Puan Tamil Malar yang bernombor kad pengenalan 750516-08-5360, berdaftar dan jugak menetap di DUN Tronoh didapati telah hilang kelayakan untuk membuang undi dalam pilihanraya akan datang apabila didalam daftar pemilih SPR mendapati bahawa nombor kad pengenalan dia telah didaftarkan atas nama orang lain. Dan agak mengejutkan bila nombor kad pengenalan yang di khususkan untuk wanita kerana berangka genap telah menjadi milik seorang lelaki yang bernama Mansor Bin Jali dan didaftarkan untuk membuang undi di Ayer Limau, Melaka.
Aku sendiri telah membuat penyemakan dalam daftar pemilih SPR dan terbukti apa yang di beritakan oleh ADUN Tronoh yang jugak Timbalan Pengerusi DAP negeri Perak , V. Sivakumar benar. Jadi apa pulak reaksi yang akan di buat oleh pihak SPR.
Persoalannya bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Apakah terdapat unsur2 penipuan didalam daftar pemilih yang telah dikeluarkan oleh pihak SPR sedangkan pihak SPR telah mendapat pengesahan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara sebelum seseorang itu didaftarkan sebagai pengundi?
Pendedahan ini hanya sebahagian kecil kepincangan yang terdapat didalam daftar pemilih yang telah dikeluarkan oleh SPR yang didedahkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Dan kepincangan ini yang telah berjaya di kesan. Bagaimana dengan penipuan lain yang belum terdedah. Apakah pihak SPR hanya mahu mendiamkan diri berhubung isu ini sehinggakan kredibiliti SPR akan dipertikaikan.
Turut menjadi pertikaian ialah bagaimana seorang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR boleh menjadi ahli parti2 politik yang akan bertanding dalam pilihanraya akan datang. Apakah mereka tidak akan bersikap bias bila melibatkan parti mereka nanti? Dan pendedahan keahlian mereka dalam parti politik jugak cukup2 menggemparkan.
Desakan supaya mereka berdua untuk melepaskan jawatan amat relevan kerana terbukti mereka telah dijadikan alat oleh perti pemerintah untuk memihak kepada mereka dalam membuat segala keputusan yang nyata berat sebelah. Macama mana nak menjadi pengadil yang betul2 adil bila melibatkan pasukan yang bertanding adalah terdiri dari pasukan sendiri kan?
Apa yang diberitakan oleh pihak pemerintah melalui Umno ada benarnya bahawa pilihanraya ke 13 nanti akan menjadi pilihanraya yang paling kotor bila segala pendedahan yang dibuat tidak diperdulikan oleh pihak berwajib hanya kerana menurut apa saja perintah yang telah di keluarkan oleh pihak Umno itu sendiri. Apa gunanya diadakan pilihanraya jika keputusan telah kelihatan berat sebelah walaupun tarikh sebenar pilihanraya itu belum pun diketahui lagi.
Pendedahan demi pendedahan dan kepincangan demi kepincangan telah dikemukakan namun pihak SPR dan JPN tetap ego malah enggan untuk menurut segala permintaan yang telah dibuat oleh sebilangan besar rakyat.Ini terbukti bila sebahagian rakyat turun berdemo pada 28hb April lepas di Kuala Lumpur hanya kerana mahu melihat pilihanraya di negara ini dibuat dengan lebih telus, bersih dan adil. Apakah itu pun cukup untuk membuka mata SPR dan JPN? Apakah mereka mahu lihat rakyat bangkit dan lawan dalam corak yang lain pulak?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan