Isnin, 4 Jun 2012

Bukankah MCA & MIC menjadi Kuda UMNO Sejak Merdeka?



Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 4 Jun 2012 di Batu Gajah

Bukankah MCA & MIC menjadi Kuda UMNO Sejak Merdeka?
UMNO masuk kampung orang Melayu dan berkata PAS kuda tunggangan DAP manakala MCA masuk kampung baru Cina dan berkata DAP kuda tunggangan PAS. Sekarang masalahnya ‘siapa tunggang siapa’? Jawapannya, dalam Pakatan Rakyat tidak ada siapa yang tunggang siapa.  Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri. Tetapi, ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR menaiki landasan yang sama untuk membawa kebajikan dan keadilan kepada rakyat serta menyelamatkan Malaysia daripada kronisme, nepotisme dan korupsi. Tidak ada ruang untuk mana-mana parti untuk tunggang parti lain seperti mana yang didakwa oleh Barisan Nasional.
Barisan Nasional tidak ada modal yang mantap  untuk kempen pilihanraya kali ini. Meraka sudah tercicir daripada landasan perjuangan untuk membela rakyat jelata. Tambahan pula,  Barisan Nasional  telah hilang  hala tuju. Setiap hari sokongan rakyat semakin terhakis kepada Barisan Nasional. Tindak-tanduk Barisan Nasional yang menggalakkan budaya samseng dan fitnah yang berterusan juga melemahkan lagi kedudukannya.
Akhirnya, Barisan Nasional mencaturkan  taktik kotor untuk menuduh PAS kuda DAP  di satu tempat dan DAP kuda PAS di tempat yang lain. Walau bagaimanapun rakyat Malaysia lebih pintar dan tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tipu muslihat Barisan Nasional. Sentimen perkauman sengaja diungkitkan untuk meraih undi daripada kumpulan sasaran mereka.
Tohmahan Barisan Nasional terhadap DAP dan PAS adalah tidak berasas. . Tetapi, jelas sekali dan tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak  bahawa MCA dan MIC merupakan kuda tunggangan UMNO sejak merdeka sehingga ke hari ini. Budaya ‘Pak Angguk’ telah diajar oleh UMNO kepada MCA dan MIC.  Jangan lawan ‘Tau Ke’ jika terus mahu kekal dalam kedudukan politik dan jawatan-jawatan yang dipegang oleh mereka. Oleh yang demikian, polisi ‘yes boss’ ini telah terpahat dalam semua pemimin-pemimpin MCA dan MIC sehingga hari ini.
Sebagai kesimpulan tradisi naik kuda ini adalah merupakan amalan parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional. Jangan membawa budaya itu untuk dibandingkan dengan parti-parti politik Pakatan Rakyat yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan