Rabu, 21 Mac 2012

Barisan Nasional Gagal Memyelesaikan Masalah Penternak


Kenyataan Media YB V.Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 21/3/2012 di Ipoh
Barisan Nasional Gagal Memyelesaikan Masalah Penternak

Ramai dari kalangan masyarakat India terlibat dalam aktiviti penternakan lembu, kerbau dan kambing. Kegiatan ini diusahakan secara turun-temurun oleh kebanyakan daripada mereka. Ada juga ramai yang melibatkan diri  dalam aktiviti penternakan baru-baru ini  kerana prospek yang luas dan menggalakkan. Penternakan  dapat mewujudkan  sumber pendapatan yang agak lumayan kepada  pengusaha-pengusaha rajin. Dalam pada itu, aktiviti penternakan ini juga menyediakan susu dan daging sebagai sumber makanan kepada orang tempatan. Penternakan yang giat dapat mengurangkan pengantungan negara kita kepada negara lain untuk bahan makanan. Ia juga dapat merendahkan aliran wang kita ke negara asing.

Kerajaan sedar tentang keperluan kegiatan penternakan terutamanya lembu, kerbau dan kambing. Walaupun dari segi teorinya kerajaan menyokong kegiatan penternakan tetapi pada realiti banyak berlaku gangguan kepada kegiatan ini. Kerajaan kerap meluluskan tanah kawasan penternakan yang sedang diusahakan kepada projek-projek pembagunan yang lain.  Permohonan TOL oleh penternak-penternak sering kali ditolak dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Ini menyebabkan berlakunya penternakan secara haram  yang berleluasa di negara kita. Walaupun  aktivitu penternakan  yang dijalankan secara haram sentiasa diganggu oleh pihak-pihak tertentu tetapi  sumbagannya di  dalam kuih  ekonomi negara tidak dapat dinafikan. 

Penternak-penternak India juga menghadapi pelbagai masalah dalam menjalankan kegiatan mereka. Mereka tidak diberi tanah untuk dijadikan padang ragut untuk haiwan ternakan mereka. Mereka terpaksa menjalankan aktiviti penternakan di tanah kerajaan atau milik persendirian. Oleh kerana ketidak sesuaian kawasan, adakalanya haiwan ternakan mereka dilepaskan begitu sahaja untuk meragut di tepi jalan dan di kawasan perumahan. Ini menimbulkan berbagai-bagai kesulitan kepada orang ramai. Banyak  juga kes kemalangan jalanraya  yang disebabkan oleh haiwan ternakan ini. Ramai pula yang membuat aduan bahawa haiwan-haiwan ternakan ini merosakan kebun-kebun mereka dan mengganggu kawasan kediaman mereka.

Bila aduan memuncak, pihak kerajaan tempatan pula akan mengadakan opesari untuk menangkap haiwan ternakan itu. Pemilik haiwan dikenakan denda yang tinggi. Jika tidak dapat dibayar, haiwan-haiwan yang ditangkap itu akan dilelong oleh pihak berkuasa tempatan. Adakah tindakan seperti ini boleh menyelesaiakan masalah yang sebenar? Penternakan haiwan  adalah  aktiviti ekonomi yang perlu dan tidak boleh dipandang rendah oleh pihak kerajaan. Ia perlu dilaksanakan dalam keadaan yang lebih terancang. Kerajaan harus menyedikan lebih banyak kawasan untuk kegiatan penternakan. Penternak-penternak harus diberi TOL untuk membantu mereka mengiatkan lagi usaha mereka.

Kerajaan yang ada sekarang gagal menyelesaikan masalah ini. Ramai penternak-penternak India di negeri Perak mengadu bahawa permohonan mereka tidak diberi pertimbangan langsung oleh kerajaan negeri. Malah mereka sentiasa terdedah kepada ancaman pihak berkuasa dan anasir-anasir luar. Apabila diusul periksa, aduan mereka ini didapati benar. Jika kerajaan menafikan perkara itu, saya meminta Dato S.Veerasingam  Penasihat Kepada Menteri Besar Perak untuk mendedahkan jumlah keluasan tanah yang diluluskan kepada penternak-penternak India sejak tahun 2009 sehingga ke hari ini. Maklumat ini adalah penting untuk mengetahui samada kerajaan Perak yang ada sekarang prihatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penternak-penternak India.

1 ulasan:

  1. Harap YB dapat juga melihat aktiviti ternakan ladang babi yang berhampiran dengan kawasan perumahan iaitu di Desa Tronoh dan Taman Bali Emas. Bau busuk dari ladang babi yang berhampiran amat tidak menyenangkan penduduk sekitar terutama di Desa Tronoh yang menyebabkan banyak tuan punya rumah lari meninggalkan rumah mereka dan dibiarkan kosong. Masalah telah beralrutan begitu lama dan YB perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini.

    BalasPadam