Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 13/3/2012 di Ipoh
SJKT Kota Bahru di Gopeng masih tidak mendapat bangunan baru setelah menungggu lebih kurang 5 tahun untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan. Sekolah ini beusia lebih kurang 70 tahun. Terdapat 36 orang murid dan 6 orang guru termasuk seorang guru besar yang berkhidmat di sekolah ini. Jumlah murid semakin berkurangan kerana penduduk-penduduk di Ladang Kota Bahru sudah berpindah keluar ke tempat-tempat yang lain. Oleh kerana sekolah ini terletak di dalam kawasan ladang yang agak jauh dari pekan, maka ini menjadi satu faktor untuk kekurangan dalam jumlah kemasukan murid-murid baru tahun demi tahun.
Seorang dermawan telah memberikan 2 ekar tanah kepada sekolah ini lebih kurang 5 tahun yang lalu untuk membina bangunan baru bagi SJKT Kota Bahru. Tanah yang diberikan oleh beliau adalah stategik dan lebih sesuai untuk penduduk Gopeng dan sekitarnya. Jika satu bangunan baru sekolah dibina di tapak itu, maka peluang untuk meningkatkan pendaftaran murid-murid baru akan bertambah cerah.
Setakat ini, bangunan baru untuk sekolah SJKT Kota Bahru masih belum naik di tapak baru diberikan. Datuk Seri S.Samy Velu telah membuat upacara pecah tanah lebih kurang 4 tahun yang lalu. Kerajaan juga pernah menjanjikan memberi wang peruntukan untuk membina bangunan baru bagi sekolah itu. Dimanakah wang peruntukan yang dijanjikan itu?
Saya tidak tahu kena perkara ini dilambat-lambatkan. Kerajaan harus menunaikan janji secepat yang mungkin. Bangunan baru untuk SJKT Kota Bahru harus dibina tanpa melengah-lengahkan masa lagi. Saya telah menulis surat kepada Menteri Pelajaran Malaysia meminta beliau untuk memberikan penjelasan kenapa pembinaan sekolah ini diabaikan setelah janji dibuat sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan