Sabtu, 18 April 2009

Sidang DUN Tidak Dirunding Dengan Speaker




Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.


7 Mei 2009 telah ditetapkan sebagai tarikh Persidangan Dewan Negeri Perak. Perkara ini tidak dirunding dengan saya terlebih dahulu. Saya tidak mengetahui tentang tarikh itu sehingga saya diberitahu oleh ADUN-ADUN yang lain. Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan En. Abdullah Antong. Saya telah menggantung tugasnya sebagai Setiausaha Dewan Negeri sebelum persidangan 'bawah pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009.


Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Setiausaha Dewan. Siapakah yang memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan Notis? Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan. Bukankah ini satu tindakan yang aneh? Speaker dihina sekali lagi.


Pada prot0kolnya, Spaeker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan notis. Tetapi, di sini, speaker pula menerima notis yang sama seperti ADUN-ADUN yang lain.


Adakah ini merupakan usaha-usaha untuk memperkecilkan atau memperbodohkan institusi Speaker? Pada pandangan saya, ini merupakan satu lagi tindakan untuk menghina Speaker Dewan Negeri.


Sanggupkah Pandikar Amin, Speaker Dewan Rakyat berdiam diri jika Setiausaha Dewannya mengeluarkan notis memanggil Dewan Rakyat bersidang tanpa berunding dengannya? Bukankah hak Speaker untuk mengetahui terlebih dahulu segala apa yang berkaitan dengan Dewan. Apa gunanya institusi Speaker apabila semua keputusan dibuat oleh Pihak yang lain. Ini merupakan campurtangan eksekutif yang nyata. Sekali lagi doktrin pengasingan kuasa dicabuli.


Saya akan menulis surat kepada Istana untuk mendapatkan kepastian tentang tarikh persidangan yang ditetapkan. Saya tidak ditunjukkan apa-apa bukti tentang penetapan tarikh persidangan oleh Istana. Oleh yang demikian, tarikh persidangan itu mungkin perlu ditangguhkan sehingga saya mendapat kepastian tentang tarikh tersebut.


Saya juga menggantung tugas En Abdullah Antong sebagai Setiausaha Dewan. Beliau akan digantikan dengan Tuan Haji Misbah sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

18 ulasan:

  1. salam tuan entri... izinkan sy menyebar entri tuan dlm blog sy... tq :)

    BalasPadam
  2. Ini memang betul-betul punya giler punya law,ini betul-betul punya sewel pun undang-undang,memang puak-puak nih sah 'celaka'nya......

    BalasPadam
  3. Dah pening dah ngan apa yg berlaku di Perak ni.
    Sistem Perlembagaan yang dah dikartunkan...

    Tuan Entri, teman pun nak cilok artikel ni utk blog teman. Tima kasih daun keladi....

    BalasPadam
  4. Lawan Tetap Lawan... Tuan Speaker!

    Pakatan Rakyat masih merupakan Kerajaan Perak sah di hati saya!


    Suara anak Perak!

    Regards,

    GoMalaysian.Blogspot.Com
    http://gomalaysian.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Kali ini YB Speaker boleh menggantung Dato Zamri sepangjang hayatnya kerana mengeluarkan notis sidang DUN tanpa kebenaran speaker.Ini satu peluang yang sangat baik.Agaknya dia lupa YB masih lagi speaker kot.Alang2 memyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Bior padan muka dia/bn....Ha!ha!

    BalasPadam
  6. Tuan speaker, saya sokong penuh tuan speaker. Biar MBH Zamry tahu siapa punya kuasa dalam dewan. Mungkin lepas ni, Zamry akan buat laporan ke mahkamah dan mintak gantung pulak tuan speaker. Kemudian Zamry jadi speaker.

    BalasPadam
  7. Mereka rasa Malaysia ni mak bapak mereka punya! Adakah ini semua arahan dari Najib Rosmah? One Malaysia berkonsepkan ikut cakap seorang bukan ikut undang-undang - peraturan atau perlembagaan!

    BalasPadam
  8. Saya fikir YB Speaker perlu mengeluarkan satu notis yang baru kepada semua ADUN untuk "overrule" atau "supersede" notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan. Sekadar beri sidang media mungkin tidak mencukupi. Salam.

    BalasPadam
  9. Inilah padahnya. Makin lama makin tak keruan... tak ketahuan. Rakyat keliru dan rakyat tak mendapat manfaat apa-apa dari kekusutan ini. Kalaulah Tuanku perkenankan pembubaran DUN, tentu kemelut ini dapat diselesaikan. KEMBALIKANLAH HAK RAKYAT!

    BalasPadam
  10. AnakPerakdiPerantauan18 April 2009 pada 9:26 PTG

    tak ada maknanya Tuan Speaker...hakim dan undang-undang di tangan mereka. Kalau mereka berjaya memanggil Sidang Dun, kelak tuan sendiri akan mereka 'singkirkan', bukankah mereka ada lebih majoriti...MB Nizar pun tersungkur, apakan tidak Tuan Speaker.

    BalasPadam
  11. Tu lah banyak sangat minum air bercampur semut..sampai terlupa YB V sivakumar masih Speaker Dewan Negeri PErak

    BalasPadam
  12. Buat dan gubal undang2 pastu x nak ikut sama le seperti suruh anak kencing duduk tapi bapak tetap kencing berdiri juga.
    Satu sen pun tak guna kalau cam ni.
    Bagus lagi kalau x de undnag2 langsung baru senang hehehe
    PANASSSSSSS

    BalasPadam
  13. Salam hormat...

    Makin lama, makin tak masuk akal dengan isu di Perak nih. Dah bodoh sangatkah org um-NO MORAL ni.

    Buat sesuatu tindakan yg hanya menyebabkan chain-reaction yg menjelaskan tahap keBODOhan. Binatang pun lebih cerdik kalau diajar. Siap naik ke angkasa dah pun.

    um-NO MORAL ni spesis apa, manusia pun tak, binatang pun tak?

    Pissttt, pissttt! Bukan apa, nak bagi elokkk...

    -SANG TUBA-

    p/s: Tuan speaker, I know you have 1001 strategies. Go Ahead!!!

    BalasPadam
  14. 7HB MEI, KALAU PAKATAN TIDAK HADIR, MGKIN MEREKA AKAN MGUNAKAN TIMBALAN SPEKER UTK TERUSKAN SIDANG DEWAN.YB SIVAKUMAR DAN PAKATAN RAKYAT HARUS HADIR, BILA DEWAN BERSIDANG, YB SPEKER BOLEH GUNAKAN KUASA YG ADA UNTUK MENGANTUNG SEMUA EXCO DAN MB HARAM. TAK TIMBUL LAGI, MASALAH TANGAPAN TIDAK SAH KERANA BERSIDANG DI BAWAH POKOK. WALAUPUN KITA TAHU SIDANG ITU TETAP SAH.PECAYALAH KALAU KITA TUNGGU DEWAN BUBAR DGN SENDIRINYA, XAKAN BERLAKU,KERANA MEREKA AKAN GUNAKAN BERMACAM2 CARA DAN ALASAN UTK MEGELAKKAN PERDUBARAN DUN. APA2 PUN KEBENARAN PASTI AKAN TERTEGAK SEPERTI YG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH S.W.T TAKBIRRR!

    BalasPadam
  15. tuan yb sivakumar, kuatkan semangat saya rakyat kedah menyokong kuat tindakan tuan. walau tak da kaiatan dengan perak tetap terpanggil untuk memberi sokongan kepada tuan sebab duagaan yang dihadapi oleh tuan sangat besar. BN buat tuan macam sampah. memalukan tuan macam tak da nilai. kalau kat kat office, sebagai ketua jabatan, kerani kena minta maklum kat ketua jabatan nak panggil semua datang meeting. tiba2 ada meeting. yang nak chair meeting ketua jabatan, yang panggil kerani. anak saya tadika pun gelak. tak pernah orang buta. yang SUK pi sokong yang pelantikan dibuat oleh SUK. yang SUK ngong pasai apa. orang dok bincang pasal sidang 7hb. pasal antong tu dah tak penting. yang penting sekarang pasai meeting speaker tak tahu. dia yang nak chair meeting. Saya nak bagi tahu kat UMNO dan Najib. kalau isu perak tak selelsai juga dalam 6 bulan ni. BN bukan hanya hilang perak. BN akan hilang Malaysia. rata2 orang yang tak minat politik pun dah banyak ambil tahu dan telah muak dengan BN sebab benda yang nak bodoh orang Bn dok buat lagi. sekarang sanya dengar ada ura-ura nak buka satu group di kalangan yang tak minat politik dan sekarang dah minat untuk tarik minat orang yang tak minat politik untuk ambil tahu pasal politik dan nak tumbang kerajaan. sebab rakyat dah tahu BN tak boleh memerintah. nak pilih meneteri ikut kuota. kalau tak terpilih pun kenan bagi menteri kat parti komponen. lantik speaker. jadi yang ramai2 rakyat lantik tu tak layak ke jadi menteri. BN last sekali aku nak habaq. kalau hangpa dok tak selesai juga. siap hang pa PRU13. adik aku ipar dan kawan dia yang tak minat politik pun dah isi borang PAS. pasal apa? dia bengkak dengan BN dok bodoh orang 51 tahun dah. ni satu lagi tolong bagi tahu zulkefli nordin hang pun siap. MP satu penggal, nampak cerdik tapi bodoh. kalau tak setuju dengan MB selangor hang pi jumpa dia buat apa dok tulis surat kat blog hang. jaga kawasan hang. jangan dok pi dubai. Ingat zul hang tu satu penggal jer.

    BalasPadam
  16. harap tuan boleh jawap pasal su ni..mohon segera!


    http://faisalrohban.blogspot.com/2009/04/amaran-kepada-sesiapa-yang-nak-copy.html

    BalasPadam
  17. aku dah tak tahan dah...dia mainkan kita so let we play them back...gantung zamri + exco this week ...amacam tuan speaker yang budiman??

    BalasPadam
  18. salam Tuan Speaker,

    Izinkan saya memberikan pendapat saya disini.

    Jawatan Speaker :

    Adalah menjadi amalan (convention) dimana-mana negara Commonwealth bahwa Institusi speaker adalah mempunyai kuasa mutlak sendiri dan tiada mana-mana badan sama ada kehakima ataupun "executive" boleh mencampuri ataupun mencabul kuasa speaker.

    Tetapi yang menjadi persoalan disini adalah kenapa Tuan Speaker memasukkan kehadiran dalam prosiding mahkamah yang difailkanb oleh BN?

    Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa kehakiman adalah menjadi budak suruhan
    BN dan apabila sesuatu pihak memasukkan kehadiran dalam prosiding guaman, pihak tersebut mengakui kuasa kehakiman adalah mengikat pihak tersebut (submitting to court's jurisdiction).

    Apa yang perlu dibuat oleh Tuan Speaker adalah dengan menolak untuk mengikat (to be bound) dengan kuasa kehakiman tersebut dengan mengeluarkan surat atas kepala surat Speaker DUN perak menolak campurtangan mahkamah dalam institusi speaker dan mengancam untuk mengenakan tindakan menghina dewan keatas aman-man pihak mengheret Spekaer ke mahkamah. lambat-laun BN melalui "kanggaroo court "akan cuba melucutkan jawatan Tuan Speker oleh itu lebih baik Tuan Spekaer mengambil tindakan agresif dengan menghalang pencuri dan katak-kataknya dari memasuki DUN dan dengan tidak mengadakan sidang DUN (Adakah resolusi dibwah pokok sudah digazetkan?)

    BalasPadam