Selasa, 28 April 2009

Nizar Akan Cabar Artikel 63 Undng-Undang Tubuh Perak


Kes Dato Seri Nizar akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada jam 9.30 pagi ini. Nizar akan mencabar Artikel 63 Undang-undang tubuh Negeri Perak. Menurutnya, artikel ini adalah tidak sah kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seperti mana yang kita sedia maklum, apa jua undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah ataupun ultra vires. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika ada artikel yang tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, maka artikel itu tidak boleh diterima pakai. Artikel itu tidak sah di sisi undang-undang.

Nizar the failkan 'notice of motion' di bahagian Pendaftaran Mahkamah Persekutuan semalam melalui firma guaman Leong & Tan. Beliau menamakan Kerajaan Perak, Kerajaan Persekutuan dan Zambry sebagai responden-responden.

Nizar mempertikaikan bahawa pindaan Artikel 63 Undang-undang Tubuh Perak pada tahun 1996 adalah tidak sah. Artikel ini dipinda dalam Dewan Negeri Perak. Pada hakikatnya Dewan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk meminda artikel itu. Selepas pindaan, artikel ini memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendengar isu-isu perlembagaan berkaitan dengan Negeri Perak. Pindaan ini sebenarnya bercanggah dengan Artikel 4(3) dan Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

Selepas kemerdekaan, apa jua pindaan terhadap Artikel 63 Undang-undang Tubuh Perak perlu dibuat berdasarkan Artikel 162(1) Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan hanya boleh ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan melalui pindaan yang dibuat dalam Parlimen. Undang-undang negeri tidak ada kuasa untuk menentukan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan. Pindaan seperti ini tidak boleh dibuat melalui Dewan Negeri. Jika dibuat juga, maka pindaan itu tida sah kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nizar memohon supaya Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zamry untuk merujuk kes ini ke mahkamah tersebut. Kes ini melalui proses undang-undang yang sepatutnya tanpa jalan pintas seperti mana yang dipohon oleh Zambry.Walau bagaimanapun kita akan mengetahui keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan dengan isu ini dalam beberapa jam lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan