Isnin, 27 April 2009

Benarkah Pakatan Rakyat Mahu Pulau Sidang DUN Perak 7 Mei?


Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini. Menurut Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming, Pakatan Rakyat mungkin memulaukan sidang DUN sebagai tanda protes.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang mendengar kes bagi menentukan siapa yang merupakan Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak. Sama ada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan ataupun Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) belum diputuskan lagi, kata Nga Kor Ming yang juga merupakan ADUN Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping .

Kes membabitkan Nizar dan Zambry telah ditetapkan untuk didengar pada 5 dan 6 Mei ini. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara berkaitan dengan sidang DUN ini, ulas beliau.

Nga menyarankan bahawa, pimpinan BN harus menangguhkan sidang DUN sementara menunggu keputusan kes. Dalam pada itu, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masih belum meneima agenda sidang minggu depan itu.

"Di bawah suasana atau situasi normal, agenda perlu diedarkan kepada kami dalam tempoh dua minggu sebelum sidang," Menurutnya lagi, beliau ada menerima maklumat bahawa BN akan mengemukakan usul untuk menggugurkan Speaker Dewan Negeri V. Sivakumar.

Tambahan pula, keputusan BN memanggil sidang DUN juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada 1 Mac bahawa sidang tidak seharusnya diadakan sehingga mahkamah memutuskan status kerajaan negeri. Datuk Seri Najib harus menjelaskan pendiriannya memandangkan orang bawahannya bertindak bertentangan dengan kenyataan awal beliau, kata Nga.

5 ulasan:

  1. Kenapa nak pulau ?????????. Speaker kan ada kuasa ???. Apa apa usul yang nak dibangkitkan jangan bagi laluan ... Kalau speaker pun sama pulau maka timbalan speaker pro bn akan ambil alih ....

    BalasPadam
  2. tuan speaker, tolong jgn PULAU sidang DUN..aku sokong pendapat pak lubis

    BalasPadam
  3. Kalau persidangan diteruskan juga walaupun kes mahkamah masih berjalan, maka satu lagi presedent akan digubal, maksudnya sebarang kes mahkamah umpanya kes Altantuya dan lain lain boleh dibahaskan dengan mengenepikan keutuhan bidng kuasa mahkamah.....Ya Malaysia memang boleh !!!

    Sama-sama kita nantikan.

    BalasPadam
  4. Setuju Pak lubis 500% -- Usul BN yang bodoh yang tidak ada kepentingan kepada rakyat tolak mentah-mentah. Meka buat suruh keluar dewan , kalau rasa dah boleh menang majoriti dalam DUN cepat2 buat usul kemukakan usul menyokong nizar menteri besar yang sah ....lepas tuh hantar kat sultan . abis cerita BN dengan labu-labunya ......

    BalasPadam