Khamis, 16 April 2009

OSCC Bantu Kaum Wanita Di Selangor


Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor mengumumkan kewujudan Sekretariat Pusat Khidmat Sehenti Krisis (One Stop Crisis Centre - OSCC) kepada orang ramai. Menurut YB Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga), sekretariat ini adalah bertujuan membantu kaum wanita yang menjadi mangsa rogol, gangguan seksual dan keganasan rumahtangga. Ini akan membantu mereka mendapatkan maklumat dan perlindungan. Selain daripada itu, orang ramai juga akan tahu tentang saluran yang harus dirujuk sekiranya berlaku kes-kes seperti ini. Walaupun sekretariat ini wujud sejak 1977, tetapi ia tidak diketahui oleh orang ramai. OSCC ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa tersebut serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling.


OSCC beroperasi di bawah Jabatan Kecemasan setiap hospital kerajaan. Enam hospital kerajaan di Selangor yang menyediakan kemudahan OSCC ialah:


1) Ampang Hospital

2) Serdang Hospital

3) Selayang Hospital

4) Sungai Buloh Hospital

5) Tengku Ampuan Rahimah Hospital

6) Kajang Hospital


Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor kerana mengambil inisiatif dalam memberi kesedaran kepada rakyat tentang kewujudan OSCC.

2 ulasan:

  1. Taniah,tahniah.
    Moga usaha-usaha ini akan berkekalan sampai bila-bila.
    BERSAMA BERKEBAJIKAN

    BalasPadam
  2. Ada kementerian pembangunan wanita pun apa fungsi yg dah dilaksanakan selain perasmian pelbagai kempen tapi perlaksanaan habis bila majlis pelancaran selesai.

    Syabas kerana mengambil langkah down-to-earth

    BalasPadam