Rabu, 29 April 2009

Tangguhkan Pembinaan Plak 'Pokok Demokrasi'


M.Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat berpendapat bahawa Pakatan Rakyat harus tangguhkan pembinaan plak di bawah ‘Pokok Demokrasi’. Plak yang dibina sempena memperingati peristiwa bersejarah ‘Persidangan Di Bawah Pokok’ telah dirobohkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pakatan Rakyat telah menerima sumbagan daripada orang ramai untuk membina semula plak di bawah Pokok Demokrasi.


Pakatan Rakyat bercadang untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan plak baru sebelum 1 Mei 2009. Dirancang untuk merasmikan plak tersebut pada 1 Mei nanti. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan semalam. Tetapi, pihak berkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghalang kerja-kerja pembinaannya. MBI memberi alasan bahawa pembinaan plak itu menyalahi undang-undang kerajaan tempatan.


Menurut M.Kula, ramai yang telah menasihatinya supaya tangguhkan rancangan pembinaan plak di bawah Pokok Demokrasi. Beliau telah menyalurkan isi hati rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau risau bahawa pihak berkuasa tempatan akan memberi gangguan secara terus-menerus untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat yang murni ini. MBI akan gunakan undang-undang melarang Pakatan Rakyat daripada menceroboh tanah itu. Tambahan pula, plak baru yang dibina juga tidak akan selamat daripada ancaman musuh. Ini akan merugikan usaha dan wang Pakatan Rakyat. Perkara ini perlu ditelitikan secara terperinci terlebih dahulu.

Beliau juga menyarankan bahawa plak itu dibina sebaik sahaja Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak. Jadikan tempat bersejarah ini sebagai satu pusat reakrasi dan pelancongan. Buat masa ini, adalah wajar untuk tangguhkan pembinaan plak tersebut.


Tambahan pula, tindakan kita ini akan bahayakan ‘Pokok Demokrasi’ itu sendiri. Jika kita teruskan dengan pembinaan plak itu, kemungkinan besar MBI atau pihak-pihak lain yang iri hati akan menebang Pokok Demokrasi. Kita tidak mahu Pokok Demokrasi pula menjadi mangsa korban akibat persengketaan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Jangan pula sampai, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah!

1 ulasan: