Rabu, 15 April 2009

FORUM DAP : NAJIB, 1 MALAYSIA & 2 BUKIT TSUNAMI


Lebih kurang 1200 orang telah menghadiri ceramah tersebut di Dewan Chin Woo, Ipoh. Walaupun ini bukan musim pilihanraya tetapi rakyat tetap datang beramai-ramai mendengar ceramah Pakatan Rakyat. Ini akan memberi satu momentum baru menghadapi pilihanraya akan datang. Turut hadir di ceramah itu adalah Datuk Seri Nizar, YB Lim Kit Siang, YB M. Kulasegaran, YB Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming, YB Wong Kah Woh, YB Ong Boon Piaw, YB Loke Chee Yan, YB Lim Pek Har dan YB Yee Sue Kai. Dalam ucapannya, YB V.Sivakumar menegaskan bahawa selagi DUN Perak tidak dibubarkan, sokongan untuk MIC dan MCA akan terus hilang hari demi hari. Akhirnya MIC dan MCA dan bersama-sama dengan ibu tirinya, UMNO, akan terkubur di bumi Perak tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan