Sabtu, 25 April 2009
DAP Perak Kecewa Keputusan Mahkamah
Dap Perak benar-benar kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pengantungan dan larangan Speaker DUN, V.Sivakumar terhadap Dato Seri Zambry dan 6 EXCOnya dari menghadiri sidang DUN.
Menurut Pengerusinya, Dato' Ngeh Koo Ham, beliau kecewa dengan keputusan itu dan menyifatkan apa yang terjadi akan memberi implikasi buruk dan amat bahaya kerana apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Speaker selepas ini boleh dikaji semula dan diputuskan oleh badan kehakiman.
Katanya, mahkamah sepatutnya tidak mencampuri dalam urusan membuat tafsiran dan perjalanan DUN kerana ia tidak mempunyai maklumat penuh perihal pentadbiran serta persidangan jawatankuasa di Perak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jangankan DAP... saya selaku orang yg tidak mengaji bab undang2 pun rasa kecewa.. apa lahanatnya kes itu dibawa ke mahkamah..? di mana imunity institusi speaker?
BalasPadamKata nak ikut keputusan mahkamah, kata biar mahkamah yg menentukan...habis bila mahkamah dah buat keputusan tak suka pulak, sebabnya tidak memihak kepada yg nak kelentong tapi terkena kepada sipengkelentong itu sendiri. Kalau mahkamah buat keputusan sebaliknya ooo itu makna keputusan mahkamah adil la. Baik kalau bagus untuk awak tapi tak bagus kalau tak bagus untuk awak, kan? Lumrah manusia begitu la.
BalasPadamhoi..tanpa nama diatas, hang tau ke isu dalam posting ni?Ini tentang speaker dibawak ke mahkamah la..tak pernah berlaku didalam dunia ni tapi berlaku zaman One Malaysia.Dulu Banyak Malaysia kot.Hang ada ngaji ke?
BalasPadamRagunath Kesavan,what is your say on this?
BalasPadam