Khamis, 30 April 2009

7 Hari Lagi Untuk Sidang DUN Perak


Kita hanya ada 7 hari lagi untuk Dewan Negeri Perak untuk bersidang. Antara persoalan-persolan yang masih lagi belum terjawab :

1) Samada Dewan Negeri Perak akan bersidang ataupun tidak pada 7 Mei.?

2) Siapakah ADUN-ADUN yang akan boikot persidangan tersebut?

3) Siapakah Menteri Besar yang sah dalam dewan itu?

4) Bolehkan DS Zambry dan barisan Exconya masuk ke dewan?

5) Bolehkah En. Osman Jailu, En. Jamaluddin dan Pn. Hee Yit Fong masuk ke dewan?

6) Adakah Dewan Negeri terikat dengan keputusan Mahkamah?

7) Siapakah yang akan serahkan perutusan kerajaan kepada Tuanku Sultan untuk dibaca?

8) Di manakah DS Nizar dan DS Zambry akan duduk di dalam Dewan Negeri?

9) Siapakah akan menjadi Setiausaha Dewan pada hari itu?

10) Samada Speaker boleh dilucutkan jawatan melalui usul yang dibawa?

11) Samada orang ramai dibenarkan hadir untuk memerhatikan persidangan tersebut?

12) Samada Keselamatan ADUN-ADUN dan pihak-pihak yang terlibat dijamin?

13) Samada akan berlaku kekecohan dalam persidangan itu?

14) Apakah reaksi orang ramai terhadap sidang DUN yang telah ditetapkan?

15) Mungkinkah usul-usul tergempar yang lain akan dikemukakan kemudian?

16) Bentara dewan akan ikut arahan siapa?

17) Samada aturcara mesyuarat adalah sama seperti tahun-tahun yang lalu?

18) Samada anggota-anggota SUK akan bekerjasama dengan Speaker?

19) Siapakah yang memberi arahan-arahan berkaitan dengan persidangan?

20) Siapakah yang paling berkuasa dalam dewan?

Semua soalan di atas menimbulkan banyak kekeliruan. Adakah wajar untuk persidangan dewan diteruskan dalam keadaan seperti ini?

3 ulasan:

  1. Umat Islam kena taat Rukun Islam.Jika rakyat Malaysia patuh dan akur kepada Rukun Negara, persoalan di atas tidak timbul. Penyangak, perompak, penyamun dan macam-macam pe.. sahaja yang menyebabkan perkara di atas timbul.

    BalasPadam
  2. Jangan-jangan nanti UBN upah orang letak bom kat DUN Perak. ADUN2 UBN xdatang,yang datang hanya ADUN2 PR...So,untuk keselamatan YB2 PR,jangan masuk dewan kalau ADUN UBN tak masuk...

    AWAS C4 LAH ULTIMATE UNTUK HANCURKAN MUSUH UBN!!!

    BalasPadam
  3. Umat islam bertuhan yang satu. Jika memahami tuntutan Al-Quran yg merupakan kunci & terbukti kegemilangan umat Islam dan keAdilan kepada semua, persoalan diatas takkan timbul. Bahkan persoalan persoalan tersebut hanya menimbulkan hura-hara dan syak wasangka yang menzalimi rakyat bahkan menipu diri sendiri...

    BalasPadam