Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen. Betulkah ini niat SPR? Kenapa tiba-tiba saja SPR mahu membuat peraturan baru?
Sementara itu, Sivarasa daripada PKR berkata, Pakatan Rakyat menolak keputusan SPR itu kerana ia melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan pendirian itu tidak munasabah.
Menurutnya, keputusan itu tidak ikut undang-undang pilihanraya itu sendiri dan bercanggah dengan tafsiran mereka (SPR).
Beliau kemudiannya membacakan sepucuk
Wan Ahmad membenarkan penubuhan pondok panas di luar kawasan sempadan 50 meter dari tempat mengundi.
Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata, pondok panas dibenarkan mengikut seksyen 24b (2) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
Dalam sidang media yang sama, Dr Mariah menolak alasan yang diberi oleh SPR untuk tidak membenarkan pondok panas didirikan.
Kata beliau,"Sebenarnya, sudah cukup untuk tempatkan anggota polis di tempat mengundi.. Sebelum ini, tidak tercetus pergaduhan antara penyokong parti. Bersemangat lebih, biasalah, Pondok panas merupakan satu tradisi sejak pilihanraya pertama negara pada 1959.
"Asalkan ia di luar jarak 50 meter dari kawasan tempat mengundi," kata Dr Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja.
Pondok panas ini penting keran pengundi boleh ulang semak sama ada nama mereka ada ataupun tidak. Ini bukan sahaja memudahkan pengundi malah ia akan melicinkan lagi proses perjalanan pengundian pada hari itu. Alasan yang diberikan oleh SPR tidak boleh diterima kerana terang-terang ia bermotifkan untuk membantu BN yang sudah kehilangan ramai penyokong.
Hapus pondok panas boleh, tapi bn jgn la gunakan media berkempin sampai hari mengundi. Tak habis- habis asyik berkempen kat tv
BalasPadamdah 50 tahun merdeka, 12 kali PRU, berkali-kali PRK, tak pernah lagi orang kata tak aman dengan adanya pondok panas.. UMNO paneh bontot ade la...
BalasPadamhahaha tarian panas bawaan imam haji zahid hamidi al haj tak haram...
http://bagindareformasi.blogspot.com/
Pondok Panas atau Sejuk, yang akan menang adalah PKR. Usah risau.
BalasPadam