Rabu, 15 April 2009

PR : Pinjaman Untuk Ibu Tunggal


Pakatan Rakyat telah meluluskan Tabung Pinjaman Peniaga Kecil di Perak. Ini merupakan satu lagi usaha kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjamin kebajikan warga Perak sewaktu pemerintahannya. Tabung ini dimulakan untuk membantu ibu tunggal atau peniaga kecil. Sebanyak RM 1 juta telah disediakan dibawah tabung ini. Pinjaman yang diberi adalah tanpa faedah. Tujuan tabung ini adalah untuk mengurangkan masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh kaum ibu tunggal. Ia juga akan mengurangkan beban kebajikan Kerajaan Negeri jika ibu-ibu tunggal boleh menyara hidup sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan. Selain daripada itu, ia juga boleh meningkatkan kegiatan aktiviti ekonomi Negeri Perak. Dalam jangka panjang program ini akan membawa manfaat kepada individu-individu yang menerima bantuan tersebut pada khasnya dan Kerajaaan Negeri pada amnya. Ini merupakan satu lagi polisi kerajaan Pakatan Rakyat yang 'berhati berlian' dan amat membanggakan.

3 ulasan:

  1. Tahniah kpd Pakatan Rakyat,saya yakin andai PR benar-benar berjuang untuk rakyat,hari demi hari sokongan akan bertambah..

    BalasPadam
  2. Kalau nak rakyat sokong kita kenalah bantu rakyat jangan bantu perut je.
    PRIHATIN

    BalasPadam
  3. hidup perlu diteruskn wlupun bergelar ibu tunggal..

    BalasPadam