Jumaat, 24 April 2009
Komen Nga Kor Meng : Krisis Perak
Apa kata YB Nga Kor Meng (Setiausaha DAP Perak, Ahli Parlimen Taiping, ADUN Pantai Remis) mengenai krisis Perak:
1)Keputusan Mahkamah Persekutuan mengecewakan khususnya berkaitan dengan hak keistemewaan Tuan Yang Dipertua Dewan.
2)Untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi adalah termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan juga perintah tetap. Dimana pihak yang berhak mengisytiharkan sesuatu kerusi kosong adalah Speaker Dewan.
3)Doktrin pengasingan kuasa seolah-olah sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini sekarang menghadapi cabaran yang sengit.
4)Kehakiman tidak pernah menceroboh ke bidang kuasa perundangan. Benteng pertahanan ini seolah-olah tidak wujud lagi.
5)Rakyat yang dikhianati oleh mereka yang melompat parti tidak dapat dibela.
6)Mengikut Artikel 113 Perlembagaan Persekutuan, Tugas dan bidangkuasa SPR hanya untuk mentadbir supaya pilihanraya dijalankan secara licin, lancar dan bersih.
7)Kini, SPR mengambil bidang kuasa Speaker dan membuat kenyataan berat sebelah.
8)SPR telah hilang pendirian berkecuali. SPR membuat kenyataan-kenyataan media yang berat sebelah.
9)Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Speaker Perak adalah satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen di seluruh komenwel.
10)Perlembagaan Persekutuan kini sudah dicabul.
11)Peguam UMNO telah memohon supaya Zambry dan 6 EXCOnya dibenarkan masuk dewan. Permohonan ini tidak dibenarkan.
12)UMNO juga memohon supaya mahkamah mengisytiharkan persidangan di bawah pokok sebagai tidak sah. Permohonan ini juga tidak dibenarkan.
13)Persidangan di bawah pokok itu adalah sah.
14) Tiga usul yang diluluskan semasa persidangan bawah pokok ini mempunyai kuasa terikat di sisi undang-undang.
15)Pakatan Rakyat akan terus berjuang secara habis-habisan supaya rakyat dihormati, kerana kita percaya hanya rakyat adalah mahkamah tertinggi negara ini.
16)Notis memanggil sidang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan tanpa pengetahuan dan persetujuan Tuan Speaker. Setiausaha Dewan walaupun dia penjawat awam tetapi dia tertakluk kepada kuasa Dewan Negeri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan