Khamis, 16 April 2009

Demokrasi Rimba


Apa itu demokrasi?


Demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk menggubal undang-undang dan struktur kerajaan. Undang-undang digubal oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Antara sifat-sifat demokrasi moden ialah:


1) Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan

2) Doktrin Pengasingan Kuasa perlu diberi keutamaan

3) Pilihanraya yang bebas dan adil untuk memilih wakil rakayat

4) Rakyat diberi hak mengundi

5) Kebebasan bersuara iaitu bebas untuk berceramah dan berhimpun

6) Kebebasan akhbar dan media elektronik

7) Kebebasan berpersatuan

8) Setiap rakyat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang

9) Hak asasi rakyat diberi keutamaan.



Apakah Malaysia mengamalkan demokrasi? Inilah yang berlaku di Malaysia:


1) Kuasa eksekutif yang terlampau mengakibatkan semua pihak tunduk kepadanya

2) Campurtangan Eksekutif yang amat jelas terhadap Legislatif dan Kehakiman

3) Pilihanraya yang berat sebelah dan tidak adil

4) Bukan sahaja rakyat dapat mengundi tetapi yang sudah mati pun boleh mengundi

5) Polis tidak memberi permit untuk ceramah dan perhimpunan yang dibuat oleh pembangkang

6) Media massa yang dikawal dan dibelenggu oleh kerajaan melalui akta-akta yang sedia ada

7) Tidak bebas berpersatuan, contoh Hindraf

8) Setiap orang tidak sama di sisi undang-undang. Banyak kes yang boleh dirujuk.

9) Hak asasi tidak dihormati. Ada banyak akta-akta yang menyekat hak asasi di Malaysia


Kalau inilah dinamakan demokrasi di Malaysia........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan