Kerajaan telah memberi tapak bola keranjang pusing kepada pemaju untuk mendirikan rumah kedai. Ini telah dibuat beberapa tahun yang lalu. Tapak permainan diubah untuk tujuan komersial. Penduduk kawasan Pusing tidak setuju dengan tindakan kerajaan yang memberikan tapak itu kepada pemaju. Mereka lebih selesa dengan tapak bola kerajaan itu untuk tujuan sukan dan rekreasi anak-anak mereka. Ramai yang telah membantah projek tersebut. Memorandam dan tandatangan bantahan untuk projek yang dicadangkan pernah dibuat. Tindakan ini juga menimbulkan perasaan marah penduduk kawasan ini. Tetapi kerajaan masih berdegil untuk melaksanakan rancangannya.
Tiang-tiang tapak bola keranjang telah dirobohkan dengan jentolak walaupun ramai penduduk kawasan ini menganggap perkara ini sebagai tindakan yang tidak munasabah. Selepas itu, dilihat projek rumah kedai yang dicadangkan itu tidak dimulakan. Sehingga hari ini projek itu masih tidak dilaksanakan.
Kenapa perkara ini berlaku? Sudah tentu ada masalah dalam projek yang dicadangkan itu.
Pemaju mungkin merasakan tidak ada pasaran untuk rumah kedai di tempat itu. Sukar untuk menjual rumah kedai yang siap dibina nanti. Ini akan merugikan pemaju jika tidak ada pembeli untuk rumah rumah kedai yang dicadangkan. Tambahan pula banyak rumah rumah kedai yang baru telah mendirikan di sekitar pekan Pusing.
Sekarang pemimpin UMNO mengumumkan bahawa kerajaan akan mendapatkan semula tapak itu daripada pihak pemaju.
Kenapa kerajaan perlu berbuat demikian?
Memang benar tindakan menyerahkan tapak itu kepada pemaju adalah tindakan yang ada kepentingan bagi pihak-pihak tertentu. Tetapi selepas beberapa tahun, tindakan mengambil semula tapak itu daripada pemaju amat mencurigakan.
Apakah keuntungan kerajaan untuk mendapatkan tanah itu daripada pemaju?
Siapakah yang akan untuk dalam transaksi ini, pemaju atau kerajaan?
Kenapa perlu pemaju menyerahkan semula tapak itu kepada kerajaan?
Apakah ganjaran yang bakal diperolehi atau telah diperolehi oleh pemaju jika menyerahkan tanah itu kepada kerajaan?
Tapak ini dijual dengan harga yang murah kepada pemaju.
Sekarang kerajaan akan membeli semula dengan harga yang lebih mahal daripada pemaju?
Sudah tentu pemaju untung dalam transaksi ini kerana membuat keuntungan tanpa apa-apa usaha hanya memegang tapak tanah itu untuk sementara waktu.
Siapa pula akan rugi kalau bukan rakyat?
Kerajaan akan membeli semula tapak itu dengan wang rakyat. Rakyat diperbodohkan dengan transaksi jual beli ini. Ataupun kerajaan akan memberi tapak tanah lain yang lebih tinggi nilainya untuk menggantikan tapak tanah bola keranjaan ini?
Kerajaan tidak seharusnya membisu dalam hal ini. Ia perlu memberitahu rakyat bagaimana transaksi mengambil semula tanah itu dibuat. Apakah rancangan kerajaan selepas mengambilalih tanah ini daripada pemaju.
Saya mencadangkan supaya kerajaan membina semula tapak bola keranjang yang dibinasakan oleh mereka beberapa tahun yang lalu.
Sebagai pampasan kepada rakyat gelanggang bola keranjang tertutup yang mempunyai bumbung harus didirikan dengan serta-merta oleh kerajaan di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan