YB V. Sivakumar, ADUN Tronoh (DAP)
Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke4
Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan
Mulai 12 April 2011
SOALAN LISAN
1. Masalah Lampu Jalan Di Kampung Baru Bemban
i) Penduduk Kampung Baru Bemban seringkali mengadu lampu jalan rosak dan tidak berfungsi. Tetapi, mengambil masa yang lama untuk dibaik pulih. Kenapakah perkara ini boleh berlaku walaupun aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa?
ii) Penduduk Desa Bemban telah membuat permohonan lampu jalan kepada pihak Pembangunan Luar Bandar pada bulan Mac 2010. Setakat ini tidak ada apa-apa tindakan kerajaan yang dapat dilihat oleh penduduk kawasan itu. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
2.Tapak Local Agenda 21
i) Apakah matlamat MDBG mengadakan satu tapak “ Local Agenda 21 ” di Batu Gajah yang pada mulanya siap dibina sebagai tapak tempat letak kereta?
ii) Apakah program-program yang dirancang oleh MDBG untuk dilaksanakan di tapak “ Local Agenda 21” dan bagaimana ia boleh berfaedah kepada masyarakat tempatan?
iii) Berapakah kos pembinaan tapak “ Local Agenda 21 ” yang dirancangkan itu?
3. Sekolah Agama Rakyat Al - Hikmah di Siputeh, Jalan Parit dijanjikan oleh kerajaan untuk membina pagar bata untuk keselamatan murid-murid. Tetapi, janji yang diberikan tidak ditunaikan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Bilakah pagar bata yang dijanjikan itu akan dibina oleh pihak kerajaan?
SOALAN BERTULIS :
1. Didapati banyak kes-kes permohonan bantuan kebajikan ditolak atas pelbagai alasan oleh pihak kerajaan berhubung dengan masalah itu, berapakah jumlah isi rumah miskin dan miskin tegar yang dikenalpasti oleh pihak kerajaan di kawasan DUN TRONOH mengikut kaum.
2. SRJK(T) Maha Ganesa Vidyasalai, Sitiawan sedang membina bangunan sekolah 4 tingkat di tapak seluas kurang daripada ¾ ekar. Keluasan tanah ini adalah tidak memadai untuk kemudahan padang dan infrastruktur yang lain. Dicadangkan satu tapak 10 ekar yang lebih sesuai di lot No. 32262, PA 72357 Kampung Selamat, Sitiawan untuk tujuan pembinaan sekolah baru.
i) Adakah kerajaan akan melulus tapak tanah yang dicadangkan itu jika pihak sekolah atau PIBG sekolah tersebut membuat permohonan untuk tapak seluas 10 ekar itu untuk keperluan semasa dan masa hadapan sekolah yang kian meningkat jumlah murid?
ii) Jika ya, sila nyatakan bilakah dicadangkan untuk pembinaan tanah 10 ekar kepada sekolah tersebut.
iii ) Jika tidak, sila berikan alasan kenapa sebuah sekolah Tamil yang lama di Sitiawan tidak boleh diberi tapak tanah 10 ekar.
3. Projek Batu Gajah Sentral
i) Apakah keuntungan kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dalam projek ini sehingga gambar Pegawai Daerah Kinta dipaparkan dalam berpuluh-puluh banting yang digantung di sekitar Batu Gajah.
ii) Bagaimanakah projek ini boleh membawa keuntungan kepada penduduk Batu Gajah dan sekitarnya sedangkan sudah ada stesen bas yang siap dibina berhampiran dengan pasar Batu Gajah.
iii) Projek ini sudah tentu akan mewujudkan masalah kesesakan di Jalan Pusing berhampiran dengan sekolah Convent. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
4. Sehaluan dengan saranan Kerajaan Persekutuan yang mempromosikan konsep 1 Malaysia,
i) Berapakah tapak tanah lot rumah yang telah diberikan kepada orang-orang India di negeri Perak sejak 2009 sehingga 2010?
ii) Berapa peratuskah orang India memperolehi tapak lot rumah berbanding dengan jumlah geran yang telah dikeluarkan dalam tempoh 2009 hingga 2010?
iii) Berapakah jumlah luas tanah yang diberikan untuk tujuan pertanian & penternakan kepada kaum India di seluruh Negeri Perak dalam tempoh 2009 hingga 2010 mengikut daerah?
5. Soalan berkenaan tapak Pasar Malam, Taman Seri Wangsa
i) Berapakah kos pembinaan tapak Pasar Malam yang baru siap dibina itu?
ii)Siapakah kontraktor yang membina tapak pasar malam itu ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan