Isnin, 11 April 2011

Mengirik Padi Di Larut Malam

Jasad mu berisi nilai dan maruah
Tawarikh mencoret namamu merata dunia
Budaya unggul warisan zarah zarah darah mu
Kau bangsa yang menjadi pelita kemerdekaan dunia
Kini kau dipijak dan diludah di muka
Interlok menamakan mu sebagai bangsa terhina
Tapi kamu jahil kerana diperdaya pendusta
Darah mu disedut untuk membina negara
Tulang mu rapuh kerana berjiwa setia
Ditampar  lagi sebagai jahanam pendatang
Yang melangkah laut meminta sedekah
Kau daif dijajah  tapi kau tidak jalang
Budaya ahimsa yang terpahat dalam sanubari
Menjadikan mu manusia kerdil yang lupa diri
Pelepah merak tidak akan sampai ke tangan
Kalau kau tidak mencabut dari burungnya
Cabutlah pelepah merak merak itu
Satu demi satu sehingga tumbang keangkuhannya
Jangan biarkan mereka mengirik padi di tengah malam

V.Sivakumar
Tronoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan