Selasa, 26 April 2011

KONVENSYEN KAUM INDIA PAKATAN RAKYAT NG PERAK


KONVENSYEN KAUM INDIA PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

Pada 10hb April 2011, Konvensyen Kaum India Pakatan Rakyat Negeri Perak telah diadakan di Hotel Heritage, Ipoh.

Seramai lebih 300 orang peserta dari selruh kawasan perak telah menyertai konvensyen ini. Ini merupakan konvensyen yang julung kali diadakan di Malaysia.

Antara agenda yang dilangsungkan di dalam konvensyen ini adalah penerangan mengenai Buku Jingga oleh YAB DS Nizar. Maklumat-maklumat yang telah diberikan telah membuka mata dan minda peserta-peserta konvensyen pada hari itu. 

Juga yang hadir sebagai panelis di konvensyen ini adalah YB Charles Santiago (MP Klang), Sdr Balakrishnan, Sdr Mathialagan dan Sdr T. Kumar.

Konvensyen ini telah dijayakan dengan sempurna oleh para AJK dan juga semua peserta yang telah hadir. TAHNIAH kepada semua!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan