
Saya telah melawat tapak yang mengalami hakisan yang teruk ini. Hakisan tanah ini memang kelihatan dengan jelas.
Saya telah menulis surat kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak Dato Abdul Razak memohon supaya pihak JPS menghantar pegawai-pegawai teknikal untuk mengkaji dengan teliti hakisan ini. Ini adalah penting kerana dapat menyelesaikan masalah pada peringkat awalan. Jika dibiarkan, keadaan akan menjadi semakin buruk dan akan menelan kos baikpulih yang banyak.
Saya juga bersedia untuk turun padang bersama-sama pegawai JPS untuk menyelami masalah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan