Khamis, 22 Julai 2010

Soalan-soalan Lisan & Tulisan YB Tai Sing Ng (Kuala Sepetang)


Soalan Lisan DUN Perak sessi Ogos 2010 YB. TAI SING NG (K. Sepetang)

1) Sila nyatakan cara penyelesaian kerajaan Negeri atas isu tanah kepunyaan KTMB di sekitar Kuala Sepetang hingga ke Simpang Halt. Adakah ini cara penyelesaian yang sempurna dan muktamad serta bilakah penyelarasan dengan KTMB boleh diselesaikan?

2) Sistem permohonan borang minyak subsidi Nelayan telah manyusahkan dan membebankan nelayan khususnya nelayan dari Kuala Sangga. Perbelanjaan yang ditanggung oleh mereka telah melebihi penjimatan dari subsidi. Apakah langkah yang berkesan boleh diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu kumpulan nelayan Kuala Sangga?

3) Pembangunan di sekitar Pulau Pangkor amat pesat, sila nyatakan
I. jumlah nombor dan jenis projek yang telah dirancangkan oleh kerajaan; dan
II. jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi kesemua projek tersebut.


Soalan Bertulis DUN Perak

1. a) Berapakah nilai FDI baru yang telah diluluskan bagi separuh tahun akhir 2009 sehingga kini ke negeri Perak, dan
b) Nyatakan Negara, nama syarikat dan jumlah nilai yang melabur di negeri Perak dalam tempoh masa tersebut.

2. Berapa TOL telah dikeluarkan kepada penduduk Kampung Baru Kuala Sepetang? Apakah syaratnya dan apakah kaedah yang membolehkan tanah tersebut mendapat status hak milik selama-lama?

3. Baru-baru ini Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama telah mengeluarkan Notis Pencerobohan Tanah Kerajaan kepada 12 Penghuni Kuala Sepetang secara tergesa-gesa:
I. Pihak mana yang menurunkan arahan ini dan apa tujuannya untuk memindahkan penghuni?
II. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menempatkan penghuni pada hari yang sama sekiranya mereka dipaksa pindah?

4. Apakah cara berkesan kerajaan negeri dalam menangani Pusat mesin judi haram dengan menyamar atas nama pusat internet yang telah membawa masalah sosial?

5. Terdapat dua terowong di Kampung Matang Jambu yang tidak punyai kemudahan lampu, ini telah menambah risiko keselamatan penduduk,
I. Pihak manakah yang bertanggungjawab untuk pemasangan lampu dan pembiayaan bil letrik bulanan?
II. Bilakah pemasangan ini dapat dilaksanakan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan