Rabu, 21 Julai 2010

Perkauman & 1Malaysia BN



Oleh: safarizal saleh


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menasihatkan agar Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria jangan mengajak rakyat terutama bangsa Melayu yang Beragama Islam agar membenci bangsa lain atau agama lain yang tidak sepatutnya dilakukan dan adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai orang penting merapatkan semua agama bagi memahami Agama Islam yang sebenar.Pendekatan yang cuba dilakukan oleh Tan Sri Harussani amat dangkal kerana sebagai tokoh agama yang dihormati tidak sepatutnya dilakukannya bagi menjauhkan lagi bangsa lain atau agama lain terhadap bangsa Melayu yang Beragama Islam. DPPN Pk sungguh kecewa dengan tindakan Tan Sri Harussani yang bertindak memburukkan lagi keadaan yang mana sudah diterima pakai oleh rakyat Malaysia sepertimana di dalam Perlembagaan Negara.Bagi DPPN Pk yang menyedari bahawa tindakan Tan Sri Harussani tersebut lebih memburukkan lagi keadaan dan bukan menyatu-padukan seluruh rakyat dengan penjelasan kebaikan Agama Islam itu sendiri.Islam menuntut Umatnya agar mempelajari dan mengambil tahu akan perbezaan setiap manusia agar mereka lebih dekat dan saling mengenali bangsa atau agama lain.Oleh yang demikian, DPPN Pk meminta agar Tan Sri Harussani sedar akan perkara tersebut dan berharap usaha memberikan kefahaman Agama Islam diberikan keutamaan dengan jelas terutama kepada agama lain agar mereka lebih memahami Agama Islam itu sendiri yang termaktud di dalam Perlembagaan Negara.

1 ulasan:

  1. Tak faham bagaimana seorang mufti boleh menjadi seorang yang terlalu perkauman???

    BalasPadam