Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 22 Julai 2010 di Pusing, Batu Gajah
Penjual daging khinzir di pasar awam Pusing telah membuat beberapa aduan kepada saya apabila membuat lawatan ke tempat itu pada pagi ini. Mereka menghadapi masalah ini untuk sekian lama tetapi tidak mendapat perhatian penguasa tempatan. Tindakan ini jelas membuktikan bahawa MDBG terang-terang menganak tirikan penjual daging khinzir di pasar awam Pusing.
Saya telah menerima 4 aduan daripada penjual-penjual daging Khinzir di pasar awam Pusing. Antara aduan-aduan yang diterima ialah:-
i) Longkang kecil yang dibina di luar gerai-gerai menjual daging khinzir tidak sama rata menyebabkan orang ramai tersandung dan hampir jatuh beberapa kali. Ini membahayakan keselamatan orang ramai yang mengunjungi tempat itu.
i) Longkang kecil yang dibina di luar gerai-gerai menjual daging khinzir tidak sama rata menyebabkan orang ramai tersandung dan hampir jatuh beberapa kali. Ini membahayakan keselamatan orang ramai yang mengunjungi tempat itu.
ii) Tidak ada bekalan air paip yang dipasang di gerai-gerai itu. Ini menyebabkan para peniaga terpaksa mengambil air dalam tong dari gerai-gerai yang menjual ayam. Jika gerai-gerai ayam ditutup masalah menjadi lebih rumit kerana terpaksa mendapat sumber air dari tempat yang jauh.
iii) Di dalam pasar, tempat menjual sayur dan ikan ada dipasang jubin tetapi di tempat menjual daging khinzir adalah lantai simen yang biasa. Pihak Majlis Daerah Batu Gajah juga tidak memasang kipas angin untuk mereka menyebabkan para peniaga terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk memasang kipas angin.
iv) Longkang-longkang di dalam pasar awam Pusing tidak dibersihkan setiap hari oleh pihak MDBG. Tindakan mengabaikan kebersihan ini boleh membawa masalah kesihatan kepada orang ramai yang pergi ke pasar itu.
Saya telah menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah hari ini menerangkan keadaan di pasar awam Pusing. Harap beliau boleh mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang dibangkitkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan