Sabtu, 17 Julai 2010

Majlis Daerah Batu Gajah Tidak Efektif Lagi


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 17/7/2010


Penutup longkang berhadapan Restoran Tai Zhong berhampiran Jalan Siputeh,Pusing telah bengkok dan patah lebih daripada sebulan. Apabila penutup besi itu diperiksa; didapati cara pembuatannya seperti pengimpalan besi tersebut adalah tidak sesuai dan sempurna. Apakah pihak Majlis tidak memantau kerja-kerja pemasangan penutup longkang ini? Ini Meningkatkan kos sekaligus membazirkan wang rakyat.

Keadaan ini langsung tidak diambil tindakan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah. Adakah perkara ini tidak diketahui oleh Ahli Majlis Daerah yang ditugaskan di kawasan tersebut ataupun pihak majlis sedang menunggu sehingga satu kejadian yang buruk untuk menimpa orang ramai sebelum mengambil tindakan. Persoalan yang timbul sekarang adalah kenapa pihak Majlis tidak mahu memberi perhatian kepada masalah harian rakyat seperti ini tetapi mahu menumpukan perhatian kepada projek-projek pengindahan dengan meletakkan pasu bunga di sekeliling Batu Gajah.

Kecuaian pihak Majlis Daerah Batu Gajah kerana tidak mengambil tindakan segera akan mengancam keselamatan para pengguna jalan tersebut. YB V.Sivakumar yang meninjau tempat tersebut difahamkan bahawa seorang murid sekolah yang menunggang basikal telah terjatuh ke dalam longkang tersebut minggu lepas. Turut hadir di tempat tersebut adalah bekas Ahli Majlis Daerah PR Encik Vijakumar,Encik Chan Chin Fa serta Puan Chin Tin Fong.

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan