Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 21/7/2010
Kebelakangan ini terdapat banyak aduan yang diterima dari penduduk tempatan berkenaan ketiadaan penutup longkang di sekitar Batu Gajah. Salah satu daripadanya adalah di kaki lima Restoran Fatimah,Jalan Dewangsa. Ternyata keadaan di situ adalah merbahaya terutamanya kepada warga tua dan kanak-kanak yang berjalan melalui tempat tersebut pada waktu malam. Kos pembuatan penutup longkang ini adalah rendah namun ia tidak boleh diabaikan demi keselamatan.
Ahli-ahli majlis daerah Batu Gajah seharusnya lebih prihatin dalam soal keselamatan dan bukan hanya memberi tumpuan untuk mengindahkan kawasan Batu Gajah. Manakala YB V.Sivakumar sekali lagi menegaskan bahawa beliau bukannya seorang yang "anti mengindahkan kawasan". Menurutnya ia adalah penting untuk imej Batu Gajah tetapi tidak wajib. Keselamatan orang ramai haruslah diberi keutamaan dan ia adalah perkara yang wajib di lakukan oleh pihak MDBG.Jika sumber kewangan Majlis Daerah Batu Gajah mengizinkan maka isu mengindahkan kawasan tidak menjadi persoalan lagi.
Pada masa ini Majlis Daerah Batu Gajah membelanjakan beribu-ribu ringgit wang rakyat setiap bulan atas nama projek-projek pengindahan. Ini langsung tidak membawa manfaat kepada rakyat jelata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan