Khamis, 26 Julai 2012

Sambutan Hangat Di Ceramah Tamil Pakatan Rakyat

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh  pada 24/7/2012 di Batu Gajah

Sambutan Hangat  Di Ceramah Tamil Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat Batu Gajah telah menganjurkan Ceramah Perdana Tamil pada 21/7/2012 di Pusat Khidmat DUN Tronoh, Taman Saujana, Batu Gajah.  

Program ini dipengerusikan oleh YB V.Sivakumar yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Batu Gajah.  Antara penceramah-penceramah  lain yang telah  menjayakan  program itu adalah YB Manogaran (Ahli Parlimen Teluk Intan), YB Senator Ramakrishnan, YB Ravi (ADUN Port Dickson), YB Sivasubramaniam (ADUN Buntong), YB Kesavan (ADUN Hutan Melintang) dan Dr Shanmugam.

Program ceramah Tamil ini mendapat sambutan yang hangat. Lebih daripada 1000 orang telah hadir untuk mendengar ceramah daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Kehadiran yang begitu ramai membuktikan bahawa sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat tidak luntur.  Terbukti propaganda Barisan Nasional melalui media arus perdana tidak betul dan bertujuan untuk memesong fikiran rakyat. Kenyataan Datuk R. Ganesan baru-baru ini bahawa 60% kaum India Perak menyokong Barisan Nasional adalah tidak benar. Kenyataan beliau tidak mempunyai asas statistik yang kukuh. Beliau hanya membuat andaian kasar dan  tidak disokong oleh data yang konkrit.

Jika dibuat tinjauan secara rambang di kalangan kaum India, kita akan dapati lebih ramai yang menyokong Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, sokongan kaum India tidak lari kepada pangkuan Barisan Nasional seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. MIC terpaksa dan terdesak berbuat demikian supaya mereka tidak hilang kerusi-kerusi yang mereka tandingi sebelum ini.

Walau bagaimanapun, sambutan hangat  program ceramah Tamil di Batu Gajah boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk menilai sejauh manakah sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat. Pada hemat saya, sokongan pengundi-pengundi India semakin bertambah  baru-baru ini selepas beberapa peristiwa yang menyakitkan hati  mereka. Saya berharap dan akan terus berusaha  untuk meningkatkan sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat menjelang PRU13.

Yang hadir khusyuk mendengar isu-isu semasa
yang dibentangkan oleh penceramah-penceramah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan