Jangan Bermain Dengan Nyawa Murid-murid SJKT Ladang Sabak Bernam
Murid-murid SJKT Ladang Sabak
Bernam tidak pergi ke sekolah selama 24 hari. Ibubapa masih menunggu untuk satu
keputusan yang baik daripada pihak kerajaan. Kementerian Pelajaran harus
campurtangan dan selesaikan masalah sekolah ini dengan segera. Ibubapa tidak
mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana bahaya kabel elektrik atas
33KV yang perlu dilalui oleh anak-anak mereka berhampiran pintu masuk ke
sekolah tersebut.
Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam mengetahui masalah ini tetapi
tidak mahu mengambil sebarang tindakan yang munasabah. Sikap kecuaian pihak kerajaan dalam hal ini
menimbulkan kemarahan ibubapa yang risau tentang keselamatan anak-anak mereka.
Kenapakah pihak Pejabat Pelajaran Daerah tidak mahu mengambil sebarang tindakan
untuk membantu ibubapa ini? Adakah
mereka takut kepada segelintir pemimpin-pemimpin MIC yang mahu sekolah itu
dikekalkan di tapak baru yang bahaya itu?
Ibubapa takut untuk menghantar
anak-anak mereka ke bangunan tambahan SJKT Ladang Sabak Bernam kerana pernah
berlaku 3 peristiwa ngeri di bawah kabel elektrik itu:
1) Seorang rakyat Indonesia dikatakan mati kerana terkena renjatan elektrik sewaktu projek pembinaan sekolah,
2) Seorang rakyat Bangladesh pernah dicampak kerana renjatan elektrik di bawah kabel itu, dan
3) Tiga ekor lembu mati di bawah kabel itu dipercayai terkena renjatan elektrik
1) Seorang rakyat Indonesia dikatakan mati kerana terkena renjatan elektrik sewaktu projek pembinaan sekolah,
2) Seorang rakyat Bangladesh pernah dicampak kerana renjatan elektrik di bawah kabel itu, dan
3) Tiga ekor lembu mati di bawah kabel itu dipercayai terkena renjatan elektrik
Kesemua peristiwa itu membuat
ibubapa cukup bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka. Sudah pasti setiap
ibubapa yang sayangkan anak-anak mereka tidak akan mengambil risiko sedemikian.
Tetapi, pihak kerajaan Barisan Nasional tidak
mempedulikan nyawa anak-anak kecil ini.
Di mana slogan Rakyat didahulukan?
BalasPadam