Ahad, 1 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Dengan Ahli-ahli Baru DAP Cawangan Tronoh


Mesyuarat Pertama Dengan Ahli-ahli Baru DAP Cawangan Tronoh



Satu mesyuarat telah diadakan dengan ahli-ahli DAP Cawangan Tronoh pada 1/7/2012. 

Dalam mesyuarat itu beberapa keputusan telah dibuat untuk menjadikan cawanganTronoh antara cawangan yang paling aktif di kawasan ini. YB V.Sivakumar memberitahu ahli-ahli DAP untuk menggunakan Bilik Gerakan DAP Tronoh dengan sepenuhnya. Selain daripada itu beberapa cadangan telah dikemukakan oleh ahli-ahli mencari sumber kewangan bagi menampung kos operasi Bilik Gerakan tersebut.

Semua ahli-ahli DAP Tronoh berjanji untuk bekerja tungkus-lumus memenangkan DAP di kawasan Parlimen Batu Gajah dan DUN Tronoh. Mereka akan turun padang untuk berkempen untuk mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut. 

Komitmen ahli-ahli DAP sungguh menggalakkan. Dengan kerjasama dan sokongan ahli-ahli DAP, peluang  DAP adalah cerah untuk menang dengan majoriti yang lebih cemerlang berbanding dengan PRU12. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan