Sumber : Sinar Harian (17 Julai 2012)
KERIAN - Umno dan Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan sikap memperalatkan agensi-agensi kerajaan sebagai ‘budak suruhan’ mereka untuk mensabotaj program anjuran Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.
Timbalan Ketua PKR cabang Bagan Serai, Munawir Mahmud berkata, laporan Sinar Harian baru-baru ini mendedahkan sikap sebenar pemimpin Umno dan BN yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjejaskan amalan demokrasi di negara ini apabila ada kalangan ahli mereka menghantar memorandum membantah penganjuran ceramah politik PR di Taman Serai Sentosa, di sini.
Menurutnya, di sebalik kemampuan Umno dan BN memonopoli media cetak serta elektronik untuk menjelaskan dasar-dasar politik mereka, PR hanya mampu menggunakan saluran ceramah di kampung-kampung atau tempat-tempat persendirian.
“Lebih mengecewakan, permohonan kami untuk mengadakan ceramah politik di dewan serba guna dan premis agensi kerajaan tidak pernah diluluskan menyebabkan kami terpaksa mengambil alternatif mengadakan ceramah atas tanah lapang milik tuan tanah yang memberi kebenaran.
“Sekiranya hak itu pun dipertikaikan, bagaimana kami hendak menyampaikan dasar parti kami? Saya minta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengkaji semula keistimewaan diberikan kepada Umno dan BN memandangkan setiap program dilaksanakan mereka sentiasa mendapat sokongan agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui semalam.
Munawir berkata, agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak sewajarnya melayan aduan bersifat provokasi dan adu domba daripada ahli-ahli Umno serta BN, "Sebaliknya menilai permohonan permit mengadakan ceramah oleh PR secara bijaksana.
"PBT haruslah mengambil pendekatan permohonan itu tidak melibatkan mana-mana pihak berkepentingan tertentu disebabkan ia secara jelas diadakan di atas tanah persendirian yang diberi kebenaran oleh tuannya," katanya.
Katanya, jika dilihat keseluruhannya, Umno dan BN lebih banyak melanggar peraturan ditetapkan dalam mengadakan sesuatu program.
"Ceramah dibuat berdekatan ceramah PR, dibuat di tengah-tengah bandar yang sudah pasti mengganggu lalu lintas dan ketenteraman pengunjung.
“Banyak keistimewaan diberikan sekiranya mengadakan program termasuk bantuan dari segi keselamatan. Satu persoalan yang timbul, adakah pengaduan dibuat terhadap program politik Umno dan BN akan dilayan PBT,” katanya.
Munawir turut meminta Umno dan BN bersaing secara sihat dalam menyampaikan wadah politik mereka. “Tidak cukupkah dengan media arus perdana dan saluran media elektronik yang mempromosi mereka dan menghentam PR 24 jam setiap hari.
“Di sebalik itu, PR tetap yakin rakyat sentiasa mencari maklumat menerusi saluran alternatif dan menghadiri ceramah anjuran kami,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan