Murid-murid SJKT Ladang Sabak Bernam Boikot Hadir Sekolah 24 Hari
Saya memberi amaran kepada kerajaan BN supaya jangan bermain
dengan nyawa kanak-kanak sekolah. Penduduk Sabak Bernam telah mengadakan satu
perjumpaan dengan saya pada 3 Julai 2012. Mereka mengadu bahawa bangunan tambahan SJKT Ladang Sabak Bernam
yang baru dibina adalah tidak selamat. Bangunan tambahan ini dibina 3km
dari bangunan induk SJKT Ladang Sabak
Bernam. Masalahnya bangunan tambahan yang baru itu terletak berhampiran dengan
kabel elektrik yang bervoltan tinggi.
Talian atas 33KV sedia ada aliran PMU SBSR 6L5 di hadapan
bangunan tambahan SJKT Ladang Sabak Bernam membimbangkan ibubapa yang menghantar anak
mereka ke sekolah tersebut. Mereka risau bahawa anak-anak mereka berada dalam
keadaan yang bahaya di sekolah. Walaupun ibubapa telah membantah pembinaan
bangunan tambahan sekolah itu di tapak yang bahaya, beberapa orang MIC berdegil
untuk membina bangunan itu tanpa mempedulikan bantahan ibubapa itu. Inilah
perangai orang-orang MIC yang tidak bertanggungjawab dan sanggup menyusahkan
orang lain untuk kepentingan mereka.
Ibubapa mempunyai hak untuk memastikan keselamatan anak-anak
mereka di sekolah. Tetapi, hak itu ditiadakan oleh sekumpulan orang-orang MIC
yang keras kepala. Mereka bermain dengan nyawa kanak-kanak sekolah SJKT Sabak
Bernam yang tidak berdosa.
Ibubapa telah mengambil keputusan untuk tidak menghantar
anak mereka ke sekolah. Justeru itu, sebahagian besar daripada kanak-kanak itu tidak pergi ke
sekolah selama 24 hari. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Menteri
Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah sekolah ini?
Adakah kementerian akan tunggu sehingga berlaku sesuatu malapetaka baru mahu
bertindak?
YB V.Sivakumar
ADUN Tronoh
Tahniah YB.,berkhidmat lh utk msyrakat di mana jua.,
BalasPadamSemuga Kebaikan itu di kenang selama lama nya.
MIC,UMNO,MCA SAMA JE KERAS KEPALA....
BalasPadam