Sabtu, 28 Julai 2012

Syarahan Thevaram Dan Kesuciannya di Pekan Tronoh

Kenyataan Media YB V.Sivakumar , ADUN Kawasan Tronoh pada 27/7/2012 di Pekan Tronoh

Syarahan Thevaram Dan Kesuciannya di Pekan Tronoh

DAP Tronoh telah menganjurkan program syarahan agama di Bilik Gerakan DAP Tronoh pada 15/7/2012. Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan YB V. Sivakumar ADUN kawasan Tronoh. Lebih kurang 70 orang telah menghadiri program syarahan agama Hindu. Syarahan bermula pada pukul 8.00 malam dan tamat keseluruhannya pada pukul 10.00 malam. 


Pensyarah jemputan pada petang itu adalah Puan Rukumani Krishnasamy, seorang tokoh agama yang terkenal di kawasan Ipoh dan sekitarnya. Beliau dalam syarahannya menyentuh tentang perlunya kita belajar Thevaram yang mana merupakan matra bahasa Tamil yang unggul. Beliau juga memberi penjelasan yang mudah mengenai beberapa perkara asas agama Hindu.  Program tersebut telah memberi rangsangan baru kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar Thevaram di kuil-kuil yang berhampiran. 


DAP DUN Tronoh juga bercadang untuk menganjur program-program keagamaan di Pekan Tronoh dari masa ke semasa. 



Khamis, 26 Julai 2012

Sambutan Hangat Di Ceramah Tamil Pakatan Rakyat

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh  pada 24/7/2012 di Batu Gajah

Sambutan Hangat  Di Ceramah Tamil Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat Batu Gajah telah menganjurkan Ceramah Perdana Tamil pada 21/7/2012 di Pusat Khidmat DUN Tronoh, Taman Saujana, Batu Gajah.  

Program ini dipengerusikan oleh YB V.Sivakumar yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Batu Gajah.  Antara penceramah-penceramah  lain yang telah  menjayakan  program itu adalah YB Manogaran (Ahli Parlimen Teluk Intan), YB Senator Ramakrishnan, YB Ravi (ADUN Port Dickson), YB Sivasubramaniam (ADUN Buntong), YB Kesavan (ADUN Hutan Melintang) dan Dr Shanmugam.

Program ceramah Tamil ini mendapat sambutan yang hangat. Lebih daripada 1000 orang telah hadir untuk mendengar ceramah daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Kehadiran yang begitu ramai membuktikan bahawa sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat tidak luntur.  Terbukti propaganda Barisan Nasional melalui media arus perdana tidak betul dan bertujuan untuk memesong fikiran rakyat. Kenyataan Datuk R. Ganesan baru-baru ini bahawa 60% kaum India Perak menyokong Barisan Nasional adalah tidak benar. Kenyataan beliau tidak mempunyai asas statistik yang kukuh. Beliau hanya membuat andaian kasar dan  tidak disokong oleh data yang konkrit.

Jika dibuat tinjauan secara rambang di kalangan kaum India, kita akan dapati lebih ramai yang menyokong Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, sokongan kaum India tidak lari kepada pangkuan Barisan Nasional seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. MIC terpaksa dan terdesak berbuat demikian supaya mereka tidak hilang kerusi-kerusi yang mereka tandingi sebelum ini.

Walau bagaimanapun, sambutan hangat  program ceramah Tamil di Batu Gajah boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk menilai sejauh manakah sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat. Pada hemat saya, sokongan pengundi-pengundi India semakin bertambah  baru-baru ini selepas beberapa peristiwa yang menyakitkan hati  mereka. Saya berharap dan akan terus berusaha  untuk meningkatkan sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat menjelang PRU13.

Yang hadir khusyuk mendengar isu-isu semasa
yang dibentangkan oleh penceramah-penceramah


Rabu, 25 Julai 2012

'Warga Emas Yang Terpinggir'


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 25/7/2012 di Pusing, Perak

Warga Emas Yang Terpinggir

Seorang warga emas yang bernama Chong Yin Yew (78) dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Pedih mata melihat papan tanda BN di merata negeri Perak dengan slogan “Tiada Yang Terpinggir, Tiada Yang Tertinggal”. Ini adalah satu lagi slogan retorik  Barisan Nasional untuk menipu rakyat. Kalau kita jelajah seluruh negeri Perak kita akan bertemu dengan  beribu-ribu rakyat yang hidup melarat tanpa sebarang bantuan dan sokongan daripada kerajaan negeri.

Chong Yin Yew merupakan seorang warga emas yang tinggal seorang  di sebuah rumah di kawasan Railway Reserve, Pusing. Beliau tidak pernah berkahwin.  Daripada 5 adik-beradik 3 orang telah meninggal dunia. Beliau sekarang tinggal sebatang kara di sebuah rumah tanpa sebarang alat dan perkakas. Beliau tidak mendapat bantuan daripada  mana-mana pihak. Beliau tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan. Dalam keadaan itu, beliau terpaksa meminta makanan daripada sahabat-sahabat dan jiran-jiran di sekelilingnya. Ada kalanya, beliau mendapat bantuan makanan daripada restoran-restoran yang berdekatan.

Chong Yin Yew menunggang sebuah basikal tua ke Pejabat DUN Tronoh untuk memohon bantuan kebajikan. Kemudian, saya bersama-sama Pengerusi DAP Pusing Sdr Chan Chin Fah, Pengerusi DAP Kampung Baru Bali Sdr Fam Choy, Pengerusi DAP Batu Gajah Utara Sdr Vijayakumar  dan Pembantu Khas saya Sdri Kong Lai Ling telah membuat lawatan ke rumah beliau untuk melihat keadaan yang sebenar. Memang tidak dapat dinafikan  keadaan hidupnya sangat teruk dan terpinggir.

Beliau pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah sebelum ini. Menurutnya 2 orang pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuat lawatan ke rumahnya untuk membuat siasatan awal. Tetapi, sudah 4 tahun tidak mendapat apa-apa jawapan daripada jabatan itu. Beliau rasa sungguh sedih dan kecewa dengan kerajaan yang tidak prihatin terhadap nasibnya itu.

Saya telah menulis surat kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberi laporan lengkap kenapakah kes ini diabaikan oleh pegawai-pegawainya. Saya juga akan membawa isu ini ke  Dewan Negeri Perak untuk membela nasib warga emas ini kerana kerajaan BN telah menipu rakyat dengan  slogan “Tiada Yang Terpinggir, Tiada Yang Tertinggal”.


'Opening Ceremony of Bilik Gerakan DAP Tronoh'


'PR Leaders Says 'NO' to Breaking Temple's Deity Statue'


'PR To Win 40 Seats, Form Government'


Isnin, 23 Julai 2012

'DAP Perak dakwa berlaku penipuan berkaitan pajakan 99 tahun'


Sumber : sinar harian (edisi perak)
19 Julai 2012
DAP dakwa berlaku penipuan berkaitan pajakan 99 tahun
Koo Ham bersama Kah Woh (kanan), pada sidang media, di Wisma DAP, semalam.
IPOH - Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon segera menghentikan isu pajakan selama 99 tahun bagi semua lot di Kampung Tersusun serta Kampung Baru Cina di sekitar negeri.

Katanya, sejak mengambil alih pemerintahan di negeri ini pada 6 Februari 2009, mereka didakwa telah mengumumkan kelulusan pajakan selama 99 tahun bagi kedua-dua kampung berkenaan termasuk rebet sebanyak 80 peratus bagi  jumlah premium yang perlu dibayar.

Bagaimanapun katanya, tempoh pajakan itu satu penipuan apabila rakyat sebenarnya diberi pilihan untuk memilih pajakan selama 60 tahun atau 99 tahun sementara rebet yang diberi untuk pajakan selama 99 tahun hanyalah 50  peratus bukannya 80 peratus sebagaimana yang dijanjikan.

“Perkara ini berlaku kepada saya sendiri apabila surat daripada pihak pejabat tanah bertarikh 15 September 2010 yang menyatakan bahawa lot rumah kediaman saya di Kampung Baru Cina Ayer Tawar hanya diluluskan selama tempoh  60 tahun sahaja.

“Setelah saya membuat bantahan melalui media, sekali lagi saya menerima surat daripada pejabat tanah yang bertarikh 18 Januari 2011 yang memberi pilihan kepada saya sama ada untuk memilih tempoh pajakan selama 60 atau  99 tahun dengan rebet premium untuk pajakan 99 tahun sebanyak 50 peratus sahaja berbanding 80 peratus seperti yang dijanjikan.

“Oleh kerana tiada pilihan, saya memilih tempoh pajakan selama 99 tahun dan terpaksa membayar rebet sebanyak 50 peratus, bagaimanapun menerusi surat bertarikh 13 Mac 2012 yang dikeluarkan kepada saya, tempoh hak milik  yang diberi hanyalah untuk tempoh 60 tahun sahaja dan bukannya 99 tahun.

“Saya percaya ramai lagi rakyat tertipu, mereka telah membayar premium untuk hak milik selama-lamanya semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), tetapi mereka (BN) masih enggan memberikan hak milik selama-lamanya kepada  mereka ini,” katanya lagi dalam sidang media di Wisma DAP di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pemuda DAP (Dapsy) Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh dan Lim Pek Har (Menglembu). Koo Ham turut menggesa BN Negeri untuk segera melaksanakan perkara yang  sama terhadap sekolah-sekolah agama termasuk sekolah Cina dan Tamil di sekitar negeri.

Katanya, biarpun telah mengumumkan pemberian tanah seluas 500 hektar kepada sekolah-sekolah agama dan 250 ekar bagi sekolah-sekolah Cina dan Tamil sebelum ini, masih tiada kemajuan yang dilaksanakan di tanah-tanah  berkenaan. 

Khamis, 19 Julai 2012

'Agensi Kerajaan bukan 'budak suruhan' UMNO'


Sumber : Sinar Harian (17 Julai 2012)

Timbalan Ketua PKR cabang Bagan Serai, Munawir Mahmud
Timbalan Ketua PKR cabang Bagan Serai, Munawir Mahmud
KERIAN - Umno dan Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan sikap memperalatkan agensi-agensi kerajaan sebagai ‘budak suruhan’ mereka untuk mensabotaj program anjuran Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Timbalan Ketua PKR cabang Bagan Serai, Munawir Mahmud berkata, laporan Sinar Harian baru-baru ini mendedahkan sikap sebenar pemimpin Umno dan BN yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjejaskan amalan demokrasi di negara ini apabila ada kalangan ahli mereka menghantar memorandum membantah penganjuran ceramah politik PR di Taman Serai Sentosa, di sini.

Menurutnya, di sebalik kemampuan Umno dan BN memonopoli media cetak serta elektronik untuk menjelaskan dasar-dasar politik mereka, PR hanya mampu menggunakan saluran ceramah di kampung-kampung atau tempat-tempat persendirian.

“Lebih mengecewakan, permohonan kami untuk mengadakan ceramah politik di dewan serba guna dan premis agensi kerajaan tidak pernah diluluskan menyebabkan kami terpaksa mengambil alternatif mengadakan ceramah atas tanah lapang milik tuan tanah yang memberi kebenaran.

“Sekiranya hak itu pun dipertikaikan, bagaimana kami hendak menyampaikan dasar parti kami? Saya minta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengkaji semula keistimewaan diberikan kepada Umno dan BN memandangkan setiap program dilaksanakan mereka sentiasa mendapat sokongan agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui semalam.

Munawir berkata, agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak sewajarnya melayan aduan bersifat provokasi dan adu domba daripada ahli-ahli Umno serta BN, "Sebaliknya menilai permohonan permit mengadakan ceramah oleh PR secara bijaksana.

"PBT haruslah mengambil pendekatan permohonan itu tidak melibatkan mana-mana pihak berkepentingan tertentu disebabkan ia secara jelas diadakan di atas tanah persendirian yang diberi kebenaran oleh tuannya," katanya.

Katanya, jika dilihat keseluruhannya, Umno dan BN lebih banyak melanggar peraturan ditetapkan dalam mengadakan sesuatu program.

"Ceramah dibuat berdekatan ceramah PR, dibuat di tengah-tengah bandar yang sudah pasti mengganggu lalu lintas dan ketenteraman pengunjung.

“Banyak keistimewaan diberikan sekiranya mengadakan program termasuk bantuan dari segi keselamatan. Satu persoalan yang timbul, adakah pengaduan dibuat terhadap program politik Umno dan BN akan dilayan PBT,” katanya.

Munawir turut meminta Umno dan BN bersaing secara sihat dalam menyampaikan wadah politik mereka. “Tidak cukupkah dengan media arus perdana dan saluran media elektronik yang mempromosi mereka dan menghentam PR 24  jam setiap hari.

“Di sebalik itu, PR tetap yakin rakyat sentiasa mencari maklumat menerusi saluran alternatif dan menghadiri ceramah anjuran kami,” katanya.   

Rabu, 18 Julai 2012

'What Is Wrong In Asking Question?'


18 July 2012

It has been about three and a half years and the Ipoh Subramaniar Kallumalai Temple's Rajagopuram (Royal Monumental tower) is yet to finish building. 

'Is it an an offense to ask why the delay of its completion? The temple is an issue of public interest. I do not wish to politicize the matter', V. Sivakumar commented. 

There have been numerous comments at large by the public on the in-completion of the temple's Rajagopuram. 

The temple committee could have come forward and explain of the delay in completing it. Why they did not do so?

It should be aware to certain parties that temple is a public property and not an individual's property. And now that this issue has blasted like a bomb, it has been used to  politicize. If the respective parties had given an explanation on this issue earlier, this would have solved the matter. 

As at to-date, the temple committee has not given any concrete explanation towards this issue. But when the question is asked, an offense?

Ceramah Perdana Tamil Pakatan Rakyat Parlimen Batu Gajah


CERAMAH PERDANA TAMIL
anjuran PAKATAN RAKYAT PARLIMEN BATU GAJAH



KETAHUILAH PERKEMBANGAN 
ISU-ISU TEMPATAN DAN NASIONAL
YANG TERKINI!!!

DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI!

Ceramah di Bemban

CERAMAH POLITIK DAP DUN TRONOH

TARIKH : 18 JULAI 2012

MASA : 7.30 MALAM




TEMPAT        : Dewan Tokong Thai Seong Low Kuan, Bemban

PENCERAMAH: Superman Hew Kuan Yau,YB V. Sivakumar, 
                      YB Wong Kah Woh, Sdr Paul Yong,
                      YB Lim Pek Har 

DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI!!!


Ceramah Di Kg Bali, Tronoh

CERAMAH POLITIK DAP DUN TRONOH

TARIKH : 18 JULAI 2012

MASA : 7.30 MALAM



Tempat        : Dewan Orang Ramai Kg Bali, Tronoh
Penceramah : Superman Hew Kuan Yau, YB V. Sivakumar
                      Sdr Ngoi Thiam Woh, Sdr Paul Yong, 
                      Sdri Wong May Ing


DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI!!!

'What is the status of the Ipoh Kallumalai Temple Monument Tower ?'


Isnin, 16 Julai 2012

'Opening Ceremony of DAP Tronoh Operations Room'

15 July 2012 - Pekan Tronoh 


The people of Tronoh town witnessed the opening ceremony of BILIK GERAKAN DAP TRONOH (DAP Tronoh Operations Room). YB V. Sivakumar (Tronoh SA) had initiated the set-up of Bilik Gerakan DAP Tronoh in May 2012.


This program was officiated by DAP Perak Chairman, Dato' Ngeh Koo Ham. YB A. Sivasubramaniam (Buntong SA), Sdr Paul Yong (AJK DAP Perak), DAP Kg Baru Nalla Branch Chairman Sdr Kok Hong and DAP Batu Gajah Utara Branch Chairman Sdr Vijakumar were among the guests who had witnessed the opening ceremony.


At approximately 12.00p.m., the program started with YB V. Sivakumar's welcome note to everyone had attended this program, in his opening speech. This was followed by Sdr Paul Yong's speech and later the mic was passed on to Dato' Ngeh Koo Ham.


As Dato' Ngeh finished his informative speech, he had gracefully performed the a ribbon-cutting ceremony and officiated the opening ceremony of Bilik Gerakan DAP Tronoh.


About 350 people from this town had participated in this program. It was an event where it showed peoples' strong support for DAP and Pakatan Rakyat.


The program ended with lunch.


YB V. Sivakumar extends his thanks to everyone who had helped in this successful event.



Isnin, 9 Julai 2012

Pecah Masuk Kuil Kartigayan, Buntong oleh Anasir-anasir Jahat


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh, pada 7/7/2012 di Buntong.

Pecah Masuk Kuil Kartigayan, Buntong oleh Anasir-anasir Jahat

Insiden pecah masuk ke Kuil Karthigayan, Buntong merupakan sesuatu yang menyedihkan. Baru-baru ini tempat ibadat terutamanya kuil-kuil Hindu menjadi tempat sasaran. Hampir setiap minggu ada juga berita pecah masuk kuil yang berlaku di seluruh negara. Anasir-anasir jahat pecah masuk kuil dengan tujuan untuk mencuri wang derma dalam tabung dan peralatan agama yang mempunyai nilai yang tinggi. Setiap kali insiden seperti ini berlaku, kuil-kuil tersebut kehilangan beribu-ribu ringgit.
Pada  pagi 6/7/2012 (Jumaat), satu insiden kecurian telah berlaku di Kuil Kartigayan, Buntong. Anasir-anasir jahat telah pecah masuk kuil tersebut dan mencuri sedikit wang dan beberapa alat suci keagamaan. Niat sebenar kecurian masih samar lagi. Tetapi, yang jelas ialah ada pihak-pihak tertentu masuk ke kuil itu untuk mencuri bahan-bahan suci untuk tujuan-tujuan tertentu.

YB V.Sivakumar (ADUN Tronoh),YB A.Sivasubramaniam (ADUN Buntong) telah melawat tempat kejadian pada 7/7/2012. Sungguh dukacita melihat keadaan kuil yang dipecah masuk oleh anasir-anasir jahat ini. Mereka telah memecahkan beberapa patung dewa-dewi dengan niat jahat. Perkara seperti ini tidak patut berlaku di rumah-rumah ibadat. Tindakan ini merupakan satu penghinaan dan menyinggung perasaan penganut-penganut kuil tersebut.

Insiden ini merupakan satu lagi kelemahan pihak polis yang tidak dapat mengurangkan kadar jenayah di kawasan Ipoh. Semakin hari semakin banyak kes kecurian dan jenayah-jenayah lain dilaporkan setiap hari. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak polis berhubung dengan kes pecah masuk yang telah berlaku di kuil Kartigayan, Buntong. Di bawah kerajaan Barisan Nasional, tempat-tempat ibadat juga tidak selamat. Apatah lagi, rumah-rumah kediaman dan kawasan-kawasan taman di sekitar Ipoh.

Kuil Kartigayan yang terletak di  satu kawasan tanah tinggi di Buntong pernah memohon tanah. Kuil ini wujud lebih daripada 50 tahun, tetapi pada tahun 2006, tanah itu telah dberikan kepada  pihak lain. Dalam proses pemberian tanah ini kepada pihak lain, ada penglibatan pemimpin-pemimpin MIC yang memegang jawatan penting ketika itu. Ini menyebabkan tapak tanah kuil itu menjadi milik pihak lain. MIC telah mengkhianati kuil Hindu tersebut. 

Saya mencabar kepada pihak MIC untuk mendedahkan kepada siapakah tanah itu diberi oleh kerajaan negeri. Selain daripada itu, mereka  juga harus memberitahu kenapakah mereka tidak memberikan tanah itu kepada pihak kuil yang memohon tanah tersebut. 





Khamis, 5 Julai 2012

'Umno Perak gadai 511.43 ekar tanah Melayu'


Umno Perak gadai 511.43 ekar tanah Melayu

Sumber - Harakah Daily
Muhammad Faeez,04 Jul 2012
IPOH: PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu hari ini mendedahkan tindakan Kerajaan Negeri Perak melalui Syarikat Maju Perak Berhad yang  telah menggadai tanah melalui satu perjanjian yang telah dimaterai dengan sebuah syarikat bukan bumiputera Melayu.

Jurucakapnya, Salman Saleh (gambar) berkata, tanah yang terletak di Batu Gajah berhampiran stesen keretapi tanah melayu (KTM) adalah seluas 511.43 ekar.

“PAS Perak kesal tindakan Maju Perak Berhad yang menggadai tanah kepada syarikat Extreme News Sdn Bhd dengan harga yang terlalu murah,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Menurutnya, tanah yang terletak di lokasi yang strategik itu dijual dengan harga RM68 ribu seekar sahaja berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200 ribu seekar.

“Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang amat pelik bagi tujuan apa kaedah sekalipun dan adakah kerajaan negeri maklum akan salahlaku ini?,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri didapati gagal menguruskan Syarikat Maju Perak Bhd yang sepatutnya berperanan sebagai untuk memajukan tanah hak milik melayu dan membuat keuntungan kembali kepada kerajaan negeri.

Katanya, Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan negeri Perak (PKNP) mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan anak-anak syarikatnya terutamanya dalam menjaga kepentingan orang melayu didalam kurniaan tanah kepada GLC negeri.

“Tindakan tersebut dibimbangi ada berlaku serta melibatkan unsur rasuah dan penyelewengan yang melibatkan urusan perniagaan  diluar kebiasaan tersebut yang mungkin berlaku,” soalnya lagi.

Mengulas lanjut, PAS Perak memberi tempoh 7 hari kepada Dato’ Seri Zambry untuk memperjelaskan isu ini kepada umum.

“Kami mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang bukan dibawah PAC untuk menyiasat isu ini secara telus dan terbuka.

“Kami juga mendesak agar dibatalkan perjanjian dengan Extreme News Sdn Bhd jika benar adanya perjanjian tersebut dimeterai.

Justeru, PAS Perak menuntut Umno Perak bertanggungjawab dalam isu ini dan melaksanakan tuntutan ini dengan segera atau tindakan selanjutnya akan diambil.

Hadir sama ialah Safarizal Saleh dan Hafez Sabri yang menganggotai jawatankuasa tersebut.

Do not Play With Lives of SJKT Ladang Sabak Bernam Pupils

The pupils of SJK(T) Ladang Sabak Bernam (Tamil school) did not go to school for 24 days. Parents are still waiting for a good decision from the government. The Ministry of Education should intervene and resolve this school's problem immediately. Parents do not want to send their children to school because knowing the danger of the electric cables of 33KV where their children must pass by ahead  near the entrance of the school.

The District Education Office of Sabak Bernam is aware of this problem yet it does not want to take any reasonable action. The negligence of the government's attitude in this case angered the parents who worry about their children's safety. Why is the District Education Office not taking any action to help these parents? Are they afraid of certain MIC leaders who want the school to be maintained at the dangerous this new site?

Parents are afraid to send their children to the ancillary building of the SJKT Ladang Sabak Bernam as 3 horrific events had occurred under these electric cables:

1) An Indonesian died of an electric shock during the school's construction project,

2) A Bangladeshi flung caused by the electric shock under the cables, and

3) Three cows died believed caused by the electric cable shocks

All these events worries the parents about the safety of their children. Certainly every parent who loves their child will never take such risks. However, the Barisan Nasional government does not care for  the life of these small children.

Rabu, 4 Julai 2012

Jangan Bermain Dengan Nyawa Murid-murid SJKT Sabak Bernam



Jangan Bermain Dengan Nyawa Murid-murid SJKT Ladang Sabak Bernam

Murid-murid SJKT Ladang Sabak Bernam tidak pergi ke sekolah selama 24 hari. Ibubapa masih menunggu untuk satu keputusan yang baik daripada pihak kerajaan. Kementerian Pelajaran harus campurtangan dan selesaikan masalah sekolah ini dengan segera. Ibubapa tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana bahaya kabel elektrik atas 33KV yang perlu dilalui oleh anak-anak mereka berhampiran pintu masuk ke sekolah tersebut. 

Pihak Pejabat  Pelajaran Daerah Sabak Bernam mengetahui masalah ini tetapi tidak mahu mengambil sebarang tindakan yang munasabah.  Sikap kecuaian pihak kerajaan dalam hal ini menimbulkan kemarahan ibubapa yang risau tentang keselamatan anak-anak mereka. Kenapakah pihak Pejabat Pelajaran Daerah tidak mahu mengambil sebarang tindakan untuk  membantu ibubapa ini? Adakah mereka takut kepada segelintir pemimpin-pemimpin MIC yang mahu sekolah itu dikekalkan di tapak baru yang bahaya itu?

Ibubapa takut untuk menghantar anak-anak mereka ke bangunan tambahan SJKT Ladang Sabak Bernam kerana pernah berlaku 3 peristiwa ngeri di bawah kabel elektrik itu:


1) Seorang rakyat Indonesia dikatakan mati kerana terkena renjatan elektrik sewaktu projek pembinaan sekolah,


2)  Seorang rakyat Bangladesh pernah dicampak kerana renjatan elektrik di bawah kabel itu, dan


3)  Tiga ekor lembu mati di bawah kabel itu dipercayai terkena renjatan elektrik

Kesemua peristiwa itu membuat ibubapa cukup bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka. Sudah pasti setiap ibubapa yang sayangkan anak-anak mereka tidak akan mengambil risiko sedemikian. Tetapi, pihak kerajaan  Barisan Nasional tidak mempedulikan nyawa anak-anak kecil ini.

Murid-murid SJKT Ladang Sabak Bernam Boikot Hadir Sekolah 24 Hari


Murid-murid SJKT Ladang Sabak Bernam Boikot Hadir Sekolah 24 Hari


Saya memberi amaran kepada kerajaan BN supaya jangan bermain dengan nyawa kanak-kanak sekolah. Penduduk Sabak Bernam telah mengadakan satu perjumpaan dengan saya pada 3 Julai 2012. Mereka mengadu bahawa bangunan tambahan SJKT Ladang Sabak Bernam yang baru dibina adalah tidak selamat. Bangunan tambahan ini dibina 3km dari bangunan induk SJKT Ladang Sabak Bernam. Masalahnya bangunan tambahan yang baru itu terletak berhampiran dengan kabel elektrik yang bervoltan tinggi.

Talian atas 33KV sedia ada aliran PMU SBSR 6L5 di hadapan bangunan tambahan SJKT Ladang Sabak Bernam membimbangkan ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Mereka risau bahawa anak-anak mereka berada dalam keadaan yang bahaya di sekolah. Walaupun ibubapa telah membantah pembinaan bangunan tambahan sekolah itu di tapak yang bahaya, beberapa orang MIC berdegil untuk membina bangunan itu tanpa mempedulikan bantahan ibubapa itu. Inilah perangai orang-orang MIC yang tidak bertanggungjawab dan sanggup menyusahkan orang lain untuk kepentingan mereka.

Ibubapa mempunyai hak untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Tetapi, hak itu ditiadakan oleh sekumpulan orang-orang MIC yang keras kepala. Mereka bermain dengan nyawa kanak-kanak sekolah SJKT Sabak Bernam yang tidak berdosa. 

Ibubapa telah mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah. Justeru itu, sebahagian besar daripada kanak-kanak itu tidak pergi ke sekolah selama 24 hari. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah sekolah ini? Adakah kementerian akan tunggu sehingga berlaku sesuatu malapetaka baru mahu bertindak?

YB V.Sivakumar
ADUN Tronoh

Selasa, 3 Julai 2012

Transparency on the Matriculation Seats Offered to Indian Students



MEDIA STATEMENT FROM YB V. SIVAKUMAR, TRONOH STATE ASSEMBLYMAN,
ON 3 JULY 2012 IN THE SUBJECT OF
TRANSPARENCY ON MATRICULATION SEATS OFFERED TO INDIAN STUDENTS
________________________________________________________________________



‘We do not only want to see the ‘vacancies’, ‘allocation’ or ‘registered’ numbers offered to the Indian students for Matriculation Programme, but we want to see it in a more transparent manner’ comments V. Sivakumar, Tronoh State Assembyman referring to the Education Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin’s statement in The Sun daily on 3 July 2012.
V. Sivakumar emphasized that stating the numbers only are not convincing enough to have a check and balance on the Indian students who were offered or registered into the matriculation colleges. By saying this, V. Sivakumar calls upon the Education Ministry to reveal the names and identity card numbers of the students that were registered into the matriculation colleges for 2012/2013 session that had began on 4 June 2012, in all the local media. The information must be published according to the intakes in the 13 matriculation colleges accordingly. This gives more space for transparency and information on the Indian students’ Matriculation Programme matter that has been a national issue all this while.
The Indian students’ names and identity card numbers registered in the 13 matriculation colleges and its Matriculation Programmes must be published in the local media for verification purpose and yet this long standing matter will be solved and put to a stop.
The student who are already registered in the matriculation colleges for 2012/2013 session are welcomed to contact us at 05-288 2105 and give details on the programmes and the matriculation colleges registered.

Registered Voter's Checking Service



On 2 July, 2012 a team stationed at GP Food Court in Taman Rishah, Ipoh, to provide  registered voter's checking service.

Team comprised of YB V. Sivakumar, Sdr Teh Hock Ke, Sdr Loh, Sdr Tannimalai.

Whilst checking the registered voters' info, some of the team members distributed leaflets on current issues to people in the food court. 

Thank you, team..... 

'Mahu Tahanan ISA Bebas'


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Julai 2012
GMI berkumpul secara aman bagi menuntut supaya tahanan ISA dibebaskan kerana akta berkenaan sudah di
GMI berkumpul secara aman bagi menuntut supaya tahanan ISA dibebaskan kerana akta berkenaan sudah dimansuhkan pada 15 September 2011.
TAIPING - Kira-kira 40 ahli kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta), semalam.

Perhimpunan yang berlangsung hampir satu jam itu menuntut pihak berkenaan membebaskan tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana akta berkenaan sudah dimansuhkan.

Perhimpunan tersebut turut disertai keluarga tahanan yang masih ditahan di dalam kem berkenaan.

Ahli GMI, Laila Othman, 40, berkata, 15 anak guamnya masih di dalam tahanan bersama 30 lagi tahanan lain.

Menurutnya, GMI meminta 45 tahanan tersebut dibebaskan segera dan menuntut supaya tidak berlaku penderaan serta diberikan layanan sewajarnya.

“Benarkanlah ahli keluarga melawat tahanan dan saya berharap tiada penderaan berlaku sepanjang tahanan berada di kem tersebut,”katanya.

Seorang lagi ahli GMI, Aliza Jaafar, 50, berkata, jika mendapati tahanan benar-benar bersalah, pihak berkenaan boleh mendakwa mereka.

Katanya, sebagai wakil isteri tahanan, dia kecewa kerana tidak dibenarkan melawat suami sedangkan untuk datang ke Kemta Kamunting memerlukan kos yang banyak.

“Sepatutnya setelah ISA dimansuhkan pada 15 September 2011, maka tahanan juga hendaklah dibebaskan,” katanya.