Khamis, 5 Disember 2013

Semakan Semula Tarif Elektrik Di Semenanjung, Sabah Dan WP Labuan



7:29:18 AM| Tuesday, 3 December 2013
Top of Form

Monday, 02 December 2013 - 03:42pm
KENYATAAN AKHBAR
SEMAKAN SEMULA TARIF ELEKTRIK DI SEMENANJUNG, SABAH
DAN WP LABUAN
OLEH
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2013 - Pada masa ini, sumber bahan api fosil merupakan sumber utama untuk penjanaan elektrik di negara ini. Bagi Semenanjung Malaysia, 94.8% daripada campuran bahan api ialah daripada sumber fosil iaitu gas sebanyak 51.5% dan arang batu sebanyak 43.3%. Bakinya ialah daripada sumber hidro sebanyak 4.2% dan Tenaga Boleh Baharu sebanyak 1%. 
Sejak tahun 1997, Kerajaan telah menetapkan harga gas domestik yang lebih rendah daripada harga pasaran bagi memastikan semua lapisan rakyat menikmati tarif elektrik yang mampu dibayar. Untuk meneruskan hasrat ini, walaupun Kerajaan menyemak harga gas asli, namun Kerajaan akan terus memberi subsidi sebanyak 16.2 sen/kWj (ataupun 74% daripada purata tarif 0-200kWj/sebulan di Semenanjung) kepada pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 0-200kWj/sebulan. Kerajaan juga akan memberi subsidi ini kepada pengguna domestik dalam lingkungan 201-300kWj/sebulan, sebanyak 14.1 sen/kWj (ataupun 59% daripada purata tarif 201-300kWj/sebulan di Semenanjung).
Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga perlu memastikan syarikat-syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkatkan pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik.
Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj (atau 14.89%) daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj yang melibatkan 4 komponen iaitu:
(i) kesan penyelarasan harga gas domestik daripada RM13.70/MMBtu kepada RM15.20/MMBtu ke atas tarif elektrik adalah sebanyak 1.52% atau 0.51sen/kWj;
(ii) kesan penetapan harga gas asli cecair (Liquified Natural Gas  - LNG) yang diimport pada harga RM41.68/MMBtu ke atas tarif elektrik adalah sebanyak 10.17% atau 3.41 sen/kWj;
(iii) kesan penyelarasan harga arang batu daripada USD85/metrik tan kepada USD87.5/metrik tan ke atas tarif elektrik adalah sebanyak 0.51% atau 0.17 sen/kWj; dan
(iv) semakan tarif asas Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu kenaikan sebanyak 2.69% atau 0.90 sen/kWj daripada kadar purata tarif semasa. Tarif asas tenaga ini akan dikawalselia melalui mekanisme Incentive-Based Regulation (IBR) oleh Suruhanjaya Tenaga.
Manakala, bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen/kWj (atau peningkatan sebanyak 16.9%) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj, yang juga akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Penstrukturan tarif ini adalah diperlukan untuk mengimbangi jurang yang kian meningkat di antara kos pembekalan elektrik dengan kadar tarif sedia ada agar Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dapat terus membekalkan elektrik yang berdaya harap di Sabah dan WP Labuan. 
Kadar purata tarif elektrik semasa, iaitu 29.52 sen/kWj, hanya mampu menampung 80% daripada kos operasi SESB dan tidak mencerminkan kos pembekalan sebenar SESB, iaitu pada kadar 43.46 sen/kWj. Kadar tarif elektrik SESB yang rendah menjadi faktor penghalang kepada usaha untuk mempertingkatkan tahap kualiti pembekalan elektrik di Sabah. 
Sungguhpun begitu, kedudukan prestasi pembekalan elektrik di Sabah dan WP Labuan pada masa kini kian bertambah baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini dapat dilihat melalui pengurangan catatan System Average Interruption Duration Index (SAIDI) kepada 557 minit/pelanggan pada tahun 2012 berbanding 2,867 minit/pengguna pada tahun 2009. Melalui usaha dan bantuan Kerajaan yang berterusan, Kerajaan yakin pencapaian SAIDI bagi tahun ini akan bertambah baik dengan pencapaian SAIDI dijangkakan kurang daripada 450  minit/pelanggan/tahun. 
Serentak dengan semakan tarif elektrik di Sabah dan WP Labuan mulai 1 Januari 2014, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM1.812 bilion dalam bentuk geran bagi tujuan pelaksanaan projek-projek pengukuhan infrastruktur baru yang kritikal termasuk pelaksanaan Projek Talian Penghantaran Southern Link serta projek-projek kritikal penghantaran bagi tahun 2014 hingga 2016. Selain daripada bantuan tersebut, Kerajaan juga sebelum ini telah memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM230.6 juta bagi tempoh 2013 – 2014 untuk pembiayaan projek-projek pengurangan SAIDI di seluruh Sabah.
Sebagaimana yang dilaksanakan di Semenanjung, Kerajaan akan terus memberi subsidi sebanyak 33.09 sen/kWj (ataupun 186% daripada purata tarif 0-200kWj/sebulan di Sabah) kepada pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 0-200kWj/sebulan di Sabah dan WP Labuan. Kerajaan juga akan memberi subsidi ini kepada pengguna domestik dalam lingkungan 201-300kWj/sebulan, sebanyak 30.04 sen/kWj (ataupun 144% daripada purata tarif 201-300kWj/sebulan di Sabah).
Selaras dengan dasar Kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif elektrik akan dialami oleh 70.67% atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62% atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300kWj dan ke bawah. Kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20.00 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.
Pada keseluruhannya, ekoran daripada perlaksanaan tarif baru ini, Kerajaan masih perlu menanggung jumlah subsidi, melalui pelepasan hasil perolehan gas asli (foregone revenue), sebanyak RM14 bilion/setahun bagi semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, yang mana RM2.4 bilion/setahun adalah khusus untuk pengguna-pengguna domestik di bawah 300kWj/sebulan. Manakala, bagi Sabah dan WP Labuan, angka ini mencatat jumlah sebanyak RM570 juta/setahun dimana RM155 juta/setahun adalah bagi kategori pengguna yang sama.
Bagi mempertingkatkan sumbangan Tenaga Boleh Baharu di negara ini, Kerajaan juga bersetuju untuk menyemak semula kadar kutipan daripada pengguna – pengguna kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu daripada 1% menjadi 1.6% berkuatkuasa dari 1 Januari 2014 di Semenanjung. Kutipan sebanyak 1.6% juga akan mula diperkenalkan di Sabah dan WP Labuan dan akan melibatkan semua pengguna tenaga elektrik kecuali pengguna domestik yang menggunakan 300kWj/sebulan dan ke bawah, sama seperti di Semenanjung.
Kerajaan berharap supaya syarikat-syarikat utiliti sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pembekalan elektrik demi kepentingan rakyat. Pada masa yang sama, Kerajaan berharap semua pengguna akan menggunakan tenaga elektrik secara berhemah dengan mengamalkan amalan-amalan kecekapan dan penjimatan tenaga dalam kehidupan seharian.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
2 Disember 2013





IMPLIKASI PENYELARASAN KADAR TARIF ELEKTRIK KE ATAS PENGGUNA ELEKTRIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Selaras dengan penyelarasan kadar purata tarif elektrik daripada 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj, Kerajaan terpaksa menyelaraskan semula tarif elektrik yang melibatkan pengguna-pengguna domestik, komersial dan industri. Implikasi penyelarasan tarif elektrik mengikut kategori pengguna adalah seperti berikut:
(i) Purata tarif domestik akan dinaikkan daripada 28.63 sen/kWj kepada 31.66sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/kWj (3.03%);
(ii) Purata tarif komersial akan dinaikkan daripada 41.01 sen/kWj kepada 47.92 sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/kWj (16.85%); dan
(iii) Purata tarif industri pula dinaikkan daripada 30.94 sen/kWj kepada 36.15 sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/kWj (16.85%).

Implikasi Penyelarasan Kadar Tarif Elektrik ke atas Pengguna Domestik di Semenanjung Malaysia
Jenis Penggunaan 
(kWj) 
Bilangan
Pengguna 
Bil Elektrik Semasa 
(RM) 
Bil Elektrik Baru 
(% Kenaikan)* 
Perbezaan 
(RM) 

juta 

0 - 200
 3.25
50.37
3.00 - 43.60
3.00 - 43.60 
Tiada kenaikan 

201 - 300
1.31
20.30
43.93 - 77.00
43.93 - 77.00
Tiada kenaikan 

301 - 400
0.72
11.1
77.40 - 117.00
77.52 - 128.60
0.12 - 11.60

401 - 600
0.67
10.44
117.40 - 198.80
129.12 - 231.80
11.71 - 33.00

601 - 800
0.26
4.03
199.23 - 285.10
232.35 - 341.00
33.12 - 55.90

801 - 1000
0.11
1.75
285.55 – 375.80
341.55 – 452.70
55.99 – 76.90

1001 - 5000
0.13
1.98
376.25 – 2,191.80
453.27 – 2,736.70
77.02 – 544.90

> 5000
0.002
0.03
2,192.25 dan
ke atas
2,737.27 dan
ke atas
545.02 dan
ke atas

Jumlah
6.45 
100% 
*tertakluk kepada 1.6% FiT daripada jumlah bil elektrik bulanan pengguna





Implikasi Penyelarasan Kadar Tarif Elektrik ke atas 
 Pengguna Komersial dan Industri di Semenanjung Malaysia


          Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 10.7% atau RM8.40 sebulan. Pengguna industri voltan rendah seperti pengusaha industri memproses makanan secara kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang daripada 200kWj sebulan pula akan mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 10.1% atau RM7.00 sebulan.  

          Bagi pengguna komersial voltan sederhana dan tinggi seperti kompleks membeli belah, kompleks pejabat kerajaan dan hotel, kadar kenaikan elektrik adalah sekitar 16.85% bergantung kepada profail penggunaan masing-masing. Begitu juga bagi pengguna industri voltan sederhana dan tinggi seperti kilang, kadar kenaikan elektrik adalah sekitar 16.85% bergantung kepada profail penggunaan masing-masing.

          Pengguna industri yang kos elektriknya melebihi 5% daripada kos keseluruhan operasi telah diberi keistimewaan untuk menikmati Tarif Industri Khas (TIK) yang dalam lingkungan 6% hingga 13% lebih rendah daripada tarif industri biasa. Memandangkan pemberian SIT adalah tidak selari dengan dasar penjimatan tenaga, maka dicadangkan supaya SIT ditarik balik secara berperingkat di mana kadar tarif SIT dinaikkan sebanyak 18.8%, iaitu sekitar 2% lebih tinggi daripada kenaikan tarif industri biasa.

          Tarif Industri Khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik bulanannya melebihi 5% daripada kos keseluruhan operasi masih dikekalkan dalam semakan tarif elektrik pada kali ini. Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang lebih rendah daripada kadar tarif industri biasa. Walau bagaimanapun, jurang perbezaan di antara kadar Tarif Industri Khas dan Tarif Industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selaras dengan dasar Kerajaan untuk menggalakkan penggunaan elektrik secara cekap dalam sektor industri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan