Khamis, 5 Januari 2012

Program Mesra Rakyat Di Kampung Baru Bali


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 5/1/2012 di Kampung Baru Bali, Tronoh.

Program Mesra Rakyat Di Kampung Baru Bali

Pada 5/1/2012 DAP DUN Tronoh telah menganjurkan satu program mesra rakyat di Kampung Baru Bali, Tronoh. Program ini bertujuan untuk merapati rakyat di kawasan kampung baru itu. Walaupun banyak program dianjurkan oleh DAP DUN Tronoh, ini merupakan aktiviti pertama di kawasan itu bagi tahun ini. Dalam program mesra rakyat itu, V.Sivakumar , ADUN Tronoh memberikan 15 buah beg sekolah kepada murid-murid yang memerlukan. Turut hadir bersama ialah Pengerusi DAP Bali, Pengerusi DAP Bemban, Pengerusi DAP Batu Gajah Utara dan ahli-ahli DAP DUN Tronoh. Dalam program itu juga, kalendar tahun 2012 diedarkan kepada orang ramai. Ini merupakan tahun kedua program yang sedemikian dianjurkan di Kampung Baru Bali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan