Selasa, 10 Januari 2012

Beg Sekolah Untuk Murid-murid SJKT Tronoh


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 10 Januari di Tronoh.


Beg Sekolah Untuk Murid-murid SJKT Tronoh

Pada petang tadi, DAP DUN Tronoh telah menganjurkan program memberi beg sekolah kepada murid-murid yang memerlukan di  Pekan Tronoh. Hampir kesemua murid-murid adalah daripada SJKT Tronoh. Sebanyak 15 beg sekolah telah diberikan oleh V.Sivakumar, ADUN kawasan Tronoh  kepada murid-murid itu. Ini merupakan satu lagi program mesra rakyat yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Tronoh. Turut hadir bersama ialah Vijakumar, bekas Ahli Majlis Daerah Batu Gajah, juga merupakan Pengerusi DAP cawangan Batu Gajah Utara. Sokongan untuk DAP dan Pakatan Rakyat nyata lebih baik di kawasan  Pekan Tronoh.  Dalam PRU12, DAP tidak menang di Pekan Tronoh kerana pengaruh yang lembap di kawasan pekan itu. Tetapi, selepas PRU12, keadaan adalah sangat berbeza di Pekan Tronoh. Oleh kerana DAP  kerap turun padang bersama wakil rakyat  di kawasan itu, maka sokongan kepada parti DAP telah meningkat berlipat kali ganda. DAP pasti akan mendapat kemenangan yang jauh lebih besar  di Pekan Tronoh pada PRU13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan