Ahad, 18 Disember 2011

PERKASA Menghina Kaum India

Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh  pada 17 Disember 2011 di Buntong

PERKASA Menghina Kaum India

Pertubuhan Pembela Hak Orang Melayu (PERKASA) sekali lagi cuba ungkitkan isu berbau perkauman yang cukup sensitif. Ini adalah berhubung dengan keputusan Putrajaya menarik balik novel ‘Interlok’ sebagai teks sastera. PERKASA cuba membela seorang penulis tetapi menghina keseluruhan kaum India di negara ini.

Perkasa menghina kaum India sebagai gologan minoriti yang sudah besar kepala. Setiasausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali  menunjukkan rasa kesal dan kecewa terhadap kerajaan  kerana menggugurkan novel kontroversial Interlok yang menghina kaum India.  Beliau berkata, kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada  golongan minoriti yang besar kepala. Beliau juga membuat kenyataan bahawa  ‘Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina’.

Beliau juga menambah bahawa apa yang tertera dalam novel tersebut  yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta. Apa maksudnya dengan perkataan ‘fakta’ ini? PERKASA cuba mengukuhkan kenyataan-kenyataan  novel Interlok itu sebagai satu kebenaran  yang tidak boleh dinafikan.  Dalam kata lain, PERKASA menyokong  Interlok dan menghina kaum India sebagai Pariah. 

Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap PERKASA yang terang-terang menghina kaum India di negara ini sebagai Pariah dengan mengatakan  itu  adalah fakta. Bukankah ini satu kenyataan yang boleh mewujudkan perpecahan yang  mengancam perpaduan negara.  Kenyataan beliau mengandungi 3 unsur perkauman  yang menghina orang-orang India :

1)         Golongan minoriti yang besar kepala
2)       Ini sangat biadap
3)       Perkara kontroversi dalam Interlok adalah fakta

Ketiga-tiga ungkapan ini adalah terlalu sensitif  yang  bertujuan untuk membarakan semangat perkauman.  Apakah tindakan yang akan diambil oleh jaguh-jaguh MIC terhadap PERKASA yang terang-terang menghina pimpinan mereka dan kaum India secara umumnya? 

Dalam isu ‘Black Matallic ‘ di Perak, puak MIC melompat-lompat untuk membuat laporan polis  di merata tempat terhadap YB Nga Kor Ming walaupun beliau langsung tidak menghina kaum India dalam ucapannya. Apakah pula  gelagat puak MIC ini  dalam adengan baru  PERKASA yang jelas menghina kaum India?  Rakyat seluruh negara sedang memerhatikan bagaimana MIC akan  bertindak dalam hal ini.

1 ulasan: